Kehadiran Ahmad Fakri Pertingkat Jentera Serangan, Sayap - Annuar Musa - Sukan | mStar

Kehadiran Ahmad Fakri Pertingkat Jentera Serangan, Sayap - Annuar Musa

KOTA BHARU: Kehadiran pemain baru Kelantan, Ahmad Fakri Saarani, bakal mempertingkatkan jentera serangan serta sayap pasukan 'The Red Warriors' pada perlawanan pusingan kedua Liga Super, April depan.

Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa berkata, Ahmad Fakri, bekas pemain Felda United, kini mempunyai masa kira-kira tiga minggu untuk mempersiapkan diri menjelang sepak mula pusingan kedua saingan tersebut menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 13 April.

"Saya percaya beliau tidak asing lagi dengan corak permainan pasukan kita. Sebahagian daripada pemain telah pun bermain bersamanya dalam pasukan kebangsaan.

"Segala urusan, terma-terma telah pun kita persetujui dan kontrak telah ditandatangani sewaktu Ahmad Fakri berada di Portugal lagi dengan kerjasama ejen beliau yang menguruskan semua urusan perpindahan Fakri," katanya kepada pemberita ketika memperkenalkan pemain tersebut di sini, Isnin.

Persediaan Kelantan pada saingan awal Liga Super musim ini bagaikan 'patah taring' selepas kehilangan beberapa tonggak utamanya seperti Norshahrul Idlan Talaha, Nurul Azwan Roya dan S.Chanturu yang berpindah ke pasukan lain, sekali gus memberi cabaran besar kepada Kafa dalam mencari bakat baharu bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan pemain tersebut.

Sambil menegaskan tiada rombakan dibuat dalam pasukan tersebut, Annuar berkata, kehadiran Ahmad Fakri bakal mengembalikan kegemilangan Kelantan yang berjaya merangkul tiga piala pada saingan Liga Malaysia musim lalu.

"Kita buat pengubahsuaian. Kita cuma memperkasakan pasukan dengan kita tengok pasukan memerlukan "default". Itu tugas ketua jurulatih. Tugas saya cuma mencari ramuan.

"Saya hanya cuma mendapatkan pemain, kemudian jurulatih akan buat pengubahsuaian. Tidak ada pertukaran pemain (mahupun) pertukaran kedudukan. Itu biasa dalam mana-mana pasukan bola sepak," katanya.

Annuar bagaimanapun enggan mengulas harga yang dibayar untuk mendapatkan khidmat pemain tersebut dan berkata: "Pelaburan secara berhemah, secukup rasa, pakai baju yang berpadanan dengan diri-sendiri."

Sementara itu, Ahmad Fakri berkata, beliau akan berusaha memberikan persembahan terbaik dan kehadiran beliau diharap dapat membantu jentera serangan serta sayap Kelantan.

"Saya akan gunakan segala kemahiran yang dipelajari ketika berkhidmat selama tiga bulan bersama pasukan Atletico S.C dan akan kongsi dengan rakan-rakan dalam pasukan bagi membantu Kelantan untuk bangkit," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Lampard Catat Gol Ke-200

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain