suria

Zulfahmi Sasar Minimum 100 Mata Sebelum Akhir Musim 2012

KUALA LUMPUR: Pelumba Moto3 negara, Zulfahmi Khairuddin telah meletak sasaran baru untuk mengumpul sekurang-kurangnya 100 mata serta kedudukan podium dalam empat perlumbaan terakhir musim ini bermula perlumbaan Grand Prix Jepun hujung minggu ini.

Menurut kenyataan Sepang International Circuit (SIC) hari ini, Zulfahmi kini berkongsi kedudukan ketujuh dengan 81 mata bersama pelumba Perancis, Alexis Masbou daripada pasukan Caretta Technology.

Pelumba Jerman, Sandro Cortese mendahului saingan musim ini dengan 245 mata dan memiliki kelebihan 51 mata ke atas pencabar terdekat Luis Slalom, yang menduduki tangga kedua dengan 194 mata.

"Secara jujur kita tidak pernah terfikir untuk berada dalam kedudukan ini sebelum musim bermula. Tetapi kini, kita perlu membuat sasaran tinggi, kita mampu mengumpul lebih 100 mata menjelang Grand Prix Malaysia," kata pelumba pasukan AirAsia SIC AJO itu.

Pelumba kelahiran Banting, Selangor, itu berkata beliau tidak akan kecewa sekiranya gagal mendapatkan kedudukan podium menjelang akhir musim ini.

Bagaimanapun, adalah bagus untuk mencapai kedudukan podium dan harap hasrat ini akan tercapai pada perlumbaan di Jepun nanti, katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain