suria

Piala Thomas: Chong Wei Beri Mata Pertama

WUHAN: Perseorangan utama negara, Datuk Lee Chong Wei, memberikan mata pertama Malaysia pada perlawanan Kumpulan C Piala Thomas menentang Afrika Selatan, Isnin.

Chong Wei mudah membenam Jacob Malieka, pemain ranking 127 dunia itu dengan kemenangan straight set 21-13, 21-10.

Liew Daren akan turun menentang Willem Viljoen pada perlawanan kedua sebelum beregu pertama negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong akan turun ke gelanggang selepas itu.

Artikel Berikut

Artikel Lain