suria

Liverpool Tewas 0-1 Di Laman Sendiri

Dua pemain Liverpool, Jonjo Shelvey (kanan) dan Maxi Rodriguez kecewa selepas tewas kepada Fulham di Stadium Anfield, awal pagi Rabu.

PASUKAN Liverpool tewas 0-1 di laman sendiri ketika aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Fulham Di Stadium Anfield, awal pagi Rabu.

Pengurus pasukan, Kenny Dalglish mengakui ia bukan aksi sebenar pemain-pemainnya.

"Sikap yang sangat teruk. Saya rasa kami dapat apa yang diinginkan berdasarkan permainan seperti itu.

"Jika kamu tidak menggunakan dengan betul peluang itu, kamu tidak akan mendapat apa-apa.

"Saya turut bertanggungjawab ke atas kekalahan ini selepas berlaku adil memberi peluang kepada mereka untuk berada di padang, tetapi saya silap," katanya.

Dalglish berkata, perlawanan Sabtu ini (final Piala FA bertemu Chelsea) sangat penting bagi kelab.

"Ada satu atau dua perkara yang positif, namun terlalu banyak yang negatif. Kami tidak boleh bermain dengan tempo seperti itu.

"Mereka perlu bermain dengan corak yang lebih pantas. Kami layak tidak mendapat apa-apa," tambahnya.

Artikel Lain