suria

10 Pemain City Benam Liverpool 3-0

Sergio Aguero membuka jaringan pertama untuk Manchester City ketika menewaskan Liverpool awal pagi Rabu.
Sergio Aguero membuka jaringan pertama untuk Manchester City ketika menewaskan Liverpool awal pagi Rabu.
Sergio Aguero membuka jaringan pertama untuk Manchester City ketika menewaskan Liverpool awal pagi Rabu.

LONDON: Manchester City terus mengukuhkan kedudukan selaku peneraju Liga Perdana Inggeris selepas menewaskan Liverpool 3-0 di Stadium Etihad, awal pagi Rabu.

Gol City disumbangkan oleh Sergio Aguero, Yaya Toure dan David Silva.

Kemenangan itu membolehkan pasukan kendalian Pengurus Roberto Mancini itu mengumpul 48 mata, mendahulu pesaing terdekatnya, Manchester United dengan tiga mata daripada 20 perlawanan.

Liverpool beraksi tanpa kelibat penyerang sensasinya, Luis Suarez yang mula menjalani tempoh penggantungan selepas didapati bersalah mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman terhadap pemain pertahanan Manchester United, Patrice Evra, Oktober lalu.

Anak buah Pengurus Kenny Dalglish itu gagal memanfaatkan peluang untuk menjaringkan sebarang gol walaupun City beraksi dengan hanya 10 pemain selepas Gareth Barry dilayangkan kad merah kerana menggasari Daniel Agger.

"Ia perlawanan sukar dan Liverpool sebuah pasukan hebat. Mereka beraksi empat hari lalu dan kami, dua hari lepas. Ia agak teruk untuk pasukan.

"Kami bermain dengan konsisten pada babak pertama tetapi pemain mula keletihan selama 20 minit di babak kedua," katanya.

SENARAI PEMAIN:

Manchester City: Hart, Richards, Kompany, Toure, Clichy, Toure Yaya, Barry, Aguero, Silva, Milner, Dzeko.

Pemain gantian: Pantilimon, Zabaleta, Lescott, Johnson, Kolarov, Savic, De Jong.

Liverpool: Reina, Johnson, Agger, Skrtel, Jose Enrique, Adam, Kuyt, Henderson, Spearing, Downing, Carroll.

Pemain gantian: Doni, Gerrard, Maxi, Carragher, Shelvey, Kelly, Bellamy.

Gelanggang: Stadium Etihad

Jumlah penonton: 47,131 orang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain