suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

35 Kapal Layar Sah Sertai Regata 2012

LANGKAWI: Sebanyak 35 kapal layar dari 12 negara mengesahkan penyertaan ke Royal Langkawi International Regata (RLIR) 2012 ke-10 di sini yang akan bermula dari 9 hingga 14 Januari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Teknikal RLIR, Ahmad Zailani Bashah berkata England, Norway, Denmark, Australia, New Zeland, Hong Kong, Jepun dan Singapura antara negara yang akan mengambil bahagian pada RLIR selain peserta tempatan.

"Kita sasar 40 kapal layar akan sertai RLIR tahun ini," katanya, di sini, Selasa.

Katanya beberapa penyertaan baru termasuk kapal layar Hooligon dari Australia dalam kelas racing akan memberi saingan sengit.

Beliau berkata Malaysia diwakili beberapa pasukan termasuk Angkatan Tentera Malaysia yang menghantar tiga kapal layar iaitu Utarid dan Uranus dalam kelas racing serta Navy 1 kelas sport. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain