suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

T-Team Dijamin Kekal Jika Beri Persembahan Terbaik

KUALA TERENGGANU: Pasukan T-Team diberi jaminan akan terus dikekalkan untuk beraksi dalam Liga Malaysia sekiranya memberikan persembahan terbaik.

Jaminan itu diberikan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said yang mahukan pasukan kelab tersebut terus mengekalkan prestasi baik mereka musim ini.

"Tahun lepas saya telah beri amaran akan membubarkan pasukan ini tetapi nampaknya mereka telah melepasi halangan dan berjaya memasuki peringkat separuh akhir Piala Malaysia," katanya.

Kerajaan negeri melabur sebanyak RM3 juta setahun kepada pasukan itu bagi menghadapi Liga Malaysia.

Ahmad berkata kehebatan pasukan T-Team adalah setanding malah lebih baik daripada sesetengah pasukan negeri.

Sementara itu jurulatih T-Team, Yunus Alif berkata pasukannya telah bersiap sedia bagi mengharungi perlawanan pertama Liga Super menentang Kedah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada Selasa depan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain