Harga Tiket RM20 Untuk Perlawanan Piala Sumbangsih - Sukan | mStar

Harga Tiket RM20 Untuk Perlawanan Piala Sumbangsih

PETALING JAYA: Penyokong pasukan Selangor dan Kelantan diminta mengawal emosi dan mematuhi arahan keselamatan ketika menyaksikan perlawanan Piala Sumbangsih di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menasihatkan penyokong kedua-dua pasukan itu agar tidak menimbulkan sebarang kekacauan di dalam mahupun di luar stadium berkenaan.

Sebagai langkah keselamatan, pihak polis dan RELA akan mengadakan pemeriksaan badan pada setiap penonton bagi memastikan mereka tidak membawa masuk barang larangan seperti objek tajam dan mercun ke dalam stadium.

Seramai 745 anggota polis akan bertugas mengawal keselamatan di dalam dan luar stadium pada hari perlawanan, katanya kepada pemberita selepas mesyuarat jawatankuasa Piala Sumbangsih di Wisma FAM, Kelana Jaya, dekat sini, Isnin.

Katanya Kelantan dan Selangor akan diperuntukan 40,000 tiket masing-masing dengan setiap satu berharga RM20 untuk orang dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak.

Katanya tiket mula dijual di kaunter stadium pada Jumaat ini mulai jam 9 pagi hingga 7 malam. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Guardini Terus Kuasai LTDL 2011

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain