Rashid Tidak Berhasrat Keluar BAM - Sukan | mStar

Rashid Tidak Berhasrat Keluar BAM

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih skuad badminton negara Rashid Sidek berkata beliau tidak bercadang mengikut jejak abangnya, Datuk Misbun Sidek, yang juga jurulatih perseorangan untuk keluar daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Rashid berkata buat masa ini beliau selesa dengan BAM dan akan meneruskan kerjaya sebagai jurulatih di bawah badan induk sukan itu.

"BAM sudah membuat keputusan mengenai perkara itu, jadi kita nantikan saja jawapan daripada Misbun," katanya kepada Bernama dalam satu temubual baru-baru ini.

Ditanya mengenai hasrat perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei untuk mengikut langkah Misbun, Rashid berkata: "Apa jua keputusan yang bakal dibuat Chong Wei biarlah dia sendiri yang putuskan. Kita tak pernah cuba hasut atau pengaruhi dia."

Rashid berkata Chong Wei kini berada pada prestasi yang konsisten dan secara mental tidak terganggu dengan isu Misbun yang enggan menyambung kontraknya dengan BAM apabila ia berakhir 31 Dis lepas.

"Chong Wei lebih bersemangat selepas memenangi Terbuka Taiwan baru-baru ini. Sekarang beliau fokus untuk menghadapi Terbuka Malaysia dan mahu mempertahankan kejuaraannya," katanya.

Selain Chong Wei, perseorangan Muhammad Hafiz Hashim dan Chong Wei Feng akan menyertai Super Series Terbuka Malaysia pada 18 hingga 23 Jan minggu depan.

Muhammad Hafiz bakal bertemu pemain pilihan ketiga kejohanan Chen Long dari China pada perlawanan pertama, manakala Wei Feng perlu mengatasi pusingan kelayakan sebelum dapat melangkah ke undian utama.

Dalam perkembangan lain, Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Zolkples Embong berharap Misbun akan menimbangkan kepentingan negara dalam membuat sebarang keputusan.

"Setakat ini BAM masih menunggu keputusan yang akan diambil Misbun. Saya harap keputusan yang dibuat beliau akan mengambil kira kepentingan negara," katanya.

Badminton merupakan satu daripada bebeberapa sukan yang diletakkan dalam program MSN Road to London 2012 iaitu misi negara bagi membawa pulang emas pertama dalam temasya Olimpik yang akan diadakan di London pada 2012.

Misbun yang selama ini melatih jaguh badminton negara Chong Wei dilihat sebagai orang penting dalam merealisasikan misi berkenaan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Proton Terus Muncul Kenderaan Rasmi LTdL 2011

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain