Keane Dipecat Sebagai Pengurus Ipswich - Sukan | mStar

Keane Dipecat Sebagai Pengurus Ipswich

BEKAS kapten Manchester United, Roy Keane dipecat sebagai pengurus kelab Ipswich Town, Sabtu.

Keane,39, mula mengambil alih pengurusan daripada Jim Magilton pada April 2009 meninggalkan kelab dengan kedudukan ke-19 daripada 24 pasukan liga selepas kalah tujuh perlawanan dalam sembilan aksi musim ini.

Secara keseluruhan dia telah memberi 28 kemenangan dan 28 kekalahan dalam 81 perlawanan sejak 2009.

Bekas pemain tengah Ireland itu juga agak kecewa dengan keputusan itu memandangkan lebih kurang seminggu Ipswich bakal menjadi tuan rumah menentang Arsenal pada saingan separuh akhir Piala FA.

“Saya memang kecewa meninggalkan Portman Road. Keputusan permainan tidak sebaik yang diharapkan musim ini dan sebab itulah pengurus terpaksa dipecat. Itulah permainan bola sepak.

“Bagaimana pun saya percaya kami telah melakukan yang terbaik dan semua pemain juga telah turun mengharungi kempen musim ini. Kami telah melakukan persiapan bagi pertemuan menentang Chelsea (Ahad) dan Piala Carling menentang Arsenal.

“Mara ke pusingan separuh akhir telah membuktikan tahap kebolehan pasukan ini. Say juga telah bekerja keras membina pasukan ini semenjak musim perpindahan baru-baru ini, membuat pilihan untuk mendapatkan pemain-pemain yang lebih bagus.

“Saya sangat gembira berada di sini, menghabiskan masa bersama keluarga dan sikap hormat menghormati antara satu sama lain bersama ahli keluarga pasukan lain, penyokong dan dengan itu saya mengharapkan semuanya berjalan lancar selepas ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Ketua Eksekutif kelab, Simon Clegg berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan pencapaian separuh musim ini.

“Seperti mana yang dia telah katakan, prestasi sehingga November tidak memberangsangkan, selain daripada pemantauan yang dibuat ketika di padang, memang ia tidak bagus,” katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Piala Asia 2010

Artikel Berkaitan

default image

Beregu Denmark Mara Ke Final

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain