Memanah Mungkin Digugurkan Daripada Program 'Road To London 2012' - Sukan | mStar

Memanah Mungkin Digugurkan Daripada Program 'Road To London 2012'

SEPANG: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menimbangkan kemungkinan untuk menggugurkan acara sukan memanah daripada program 'Road To London 2012' berikutan pencapaian kurang memuaskan skuad memanah negara ketika beraksi pada Sukan SEA di Laos, Sukan Komanwel di New Delhi dan Sukan Asia di Guangzhou.

Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata pertimbangan tersebut dibuat berikutan kegagalan skuad memanah membawa pulang sebarang pingat dari Guangzhou.

"Kita amat kecewa apabila acara yang disenaraikan dalam program 'Road To London 2012' gagal menunjukan pencapaian positif dan perkara sedemikian tidak sepatutnya berlaku," katanya kepada pemberita ketika menyambut ketibaan ketua kontinjen negara Datuk Zolkples Embong dan atlet karate yang baru tiba dari Guangzhou, China, Ahad.

Selain memanah, tiga lagi acara sukan yang berada di bawah program 'Road To London 2012' ialah badminton, berbasikal dan terjun.

Ahmad Shabery berkata selepas menerima laporan post mortem, kajian akan dibuat terhadap acara sukan yang mempunyai keupayaan menyumbang pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik 2012.

Beliau berkata KBS berkemungkinan besar akan memasukan sukan menembak bagi menggantikan sukan memanah ke dalam program 'Road To London 2012'.

Skuad menembak negara berjaya menunjukkan pencapaian positif di Guangzhou apabila berjaya membawa balik satu pingat gangsa menerusi Nur Suryani Mohamed Taibi dalam acara 10m Air Rifle Wanita.

Beliau turut melahirkan rasa kecewa terhadap pencapaian buruk dan memalukan skuad olahraga negara yang gagal meraih sebarang pingat di Guangzhou.

"Bagi membaiki keadaan tersebut, kita akan melakukan rombakan besar kepada rancangan pembangunan atlet olahraga selepas menerima laporan post mortem," katanya.

Skuad olahraga negara gagal mempertahankan pingat perak yang diperoleh oleh Roslinda Samsu, empat tahun lepas menerusi acara lompat bergalah wanita dan Noraseela Monhd Khalid dalam acara lari berpagar 400m wanita.

Malaysia memperbaiki kedudukan pungutan pingat pada temasya kali ini dengan berada di tangga ke-10 di kalangan 45 negara dengan mengumpul sembilan emas, 18 perak dan 14 gangsa.

Sembilan pingat emas negara disumbang menerusi acara wushu (satu pingat emas), berbasikal (satu), boling (dua), karate (dua) dan skuasy (tiga).-BERNAMA

Artikel Sebelum

Keputusan Liga Perdana Inggeris

Artikel Berikut

Pandelela Rinong Hadapi SPM Esok

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

Artikel Lain