Lorenzo Sudah Bersedia Untuk Gelaran Juara MotoGP Di Sepang Hujung Minggu Ini - Sukan | mStar

Lorenzo Sudah Bersedia Untuk Gelaran Juara MotoGP Di Sepang Hujung Minggu Ini

SEPANG: Penunggang pasukan Fiat Yamaha, Jorge Lorenzo sudah bersiap sedia untuk merangkul gelaran juara kejohanan dunia MotoGP buat pertama kali, di Grand Prix Malaysia hujung minggu ini.

Pelumba berumur 23 tahun dari Sepanyol itu sudahpun menerajui senarai pelumba dengan 297 mata, iaitu 69 mata di hadapan Dani Pedrosa dari pasukan Repsol Honda Team yang menyusulinya dalam senarai itu.

Lorenzo kelihatan hanya perlu menampilkan persembahan yang sederhana dalam perlumbaan minggu ini untuk meraih gelaran juara dunia, namun beliau awal-awal lagi sudah bertekad untuk meneruskan aksi perlumbaan seperti biasa dalam perlumbaan di Malaysia.

"Perlumbaan ini akan menjadi cukup istimewa buat saya, pasukan dan keluarga. Saya sangat teruja, namun saya tahu yang saya juga perlu bekerja keras," kata Lorenzo pada persidangan media pra-perlumbaan GP Malaysia, Khamis.

"Saya hanya bertekad untuk mengharungi perlumbaan dengan penuh keyakinan dan menikmati saat ini, yang boleh dikatakan sebagai saat perlumbaan paling bermakna dalam karier saya," tambahnya.

Ketika ini beliau hanya perlu mendapatkan tujuh mata dalam perlumbaan di Malaysia untuk mengesahkan gelaran juara dunia menjadi miliknya, dan ketika ini Pedrosa menyusulinya dengan 228 mata.

Sementara itu perlumbaan di Sepang nanti pastinya akan menampilkan persembahan menarik penunggang Australia, Casey Stoner, dari pasukan Ducati Marlboro Team, yang sedang berusaha mencari satu lagi kemenangan.

Selepas permulaan hambar musim ini, Stoner kembali menyerlah dengan kemenangan berturut-turut di Aragon Motorland, Sepanyol pada 19 September dan litar Motegi Circuit, Jepun pada 9 Oktober.

"Kami tiba di sini dengan lebih yakin selepas Motegi. Kami bermula dengan baik semasa di Jepun dan menghadapi sedikit kesukaran sebelum keadaan bertukar menjadi semakin baik," kata Stoner yang menjuarai GP Malaysia tahun lepas. Kejohanan Grand Prix Malaysia akan bermula dengan sesi latihan bebas pertama esok, sebelum perlumbaan diadakan pada hari Ahad.

Selepas Malaysia, perlumbaan akan beralih ke Grand Prix Australia di Phillip Island pada 17 Oktober, sebelum ke Estoril pada 31 Oktober.

Kejohanan dunia MotoGP akan berakhir di litar Valencia Circuit di Sepanyol pada 7 November. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Nicol Rangkul Emas Pada Sukan Komanwel

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain