suria

Guardiola Tak Salahkan Pemain

Guardiola (tiga kanan)memantau sesi latihan skuadnya menjelang perlawanan menentang Panathinaikos di Barcelona awal pagi Rabu.

JURULATIH Barcelona, Pep Guardiola tidak mahu menyalahkan pemain-pemainnya lantaran kekalahan memalukan ketika menentang Hercules pada saingan La Liga Sabtu lalu.

Katanya, kekalahan 0-2 itu terjadi kerana tersalah mencongak strategi.

“Saya tidak meragui kemampuan pemain-pemain saya. Kekalahan ini terjadi kerana taktik dan saya gagal membantu mereka dalam melaksanakan tugas masing-masing,” katanya.

Guardiola berkata, barisan pemain-pemain yang sama juga akan turun menentang pasukan Panathinaikos awal pagi Rabu pada saingan pembukaan Liga Juara-juara (CL) bagi Kumpulan D.

Sementara itu, pemain sayap pasukan, Andres Iniesta merayu kepada rakan sepasukan agar kembali bangkit menunjukkan aksi sebenar pada perlawanan pertama CL ini.

“Liga Juara-juara adalah perlawanan yang sangat penting dan sekiranya anda melakukan kesalahan kecil, ia akan musnah. Penting bagi kami memenangi perlawanan pertama ini.

“Kami harus berhati-hati kerana Panathinaikos memiliki pemain-pemain yang berpengalaman dan ia merupakan pasukan yang bagus,” kata Iniesta.

Artikel Sebelum

Wan Jamak Tidak Mahu Dabik Dada

Artikel Berikut

Artikel Lain