suria

Webb Adili Aksi Kemuncak Piala Dunia 2010

HOWARD Webb (gambar) dari England dipilih untuk menjadi pengadil perlawanan akhir Piala Dunia 2010 di antara Sepanyol dan Belanda yang akan berlangsung awal pagi Isnin ini.

Pengadil berusia 38 tahun dari Rotherham itu dipilih oleh jawatankuasa pengadil Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Web dan pembantunya, Darren Cann serta Michael Mullarkey akan mengadili perlawanan kemuncak itu di Stadium Soccer City, Johannesburg.

Dia akan menjadi lelaki Inggeris pertama untuk mengadili perlawanan final selepas Jack Taylor pada 1974.

Webb pernah mengadili tiga perlawanan Piala Dunia setakat ini, bermula dengan kekalahan mengejut Sepanyol ke atas Switzerland.

Dalam pusingan kalah mati pertama di antara Brazil dan Chile, Mullarkey dipuji kerana keputusannya membenarkan gol Luis Fabiano ketika pemain pertahanan Chile mendakwa ia adalah ofsaid.

Artikel Lain