suria

Skuad Gimnastik Berirama Raih Emas

KUALA LUMPUR: Skuad gimnastik berirama negara menampil kejutan apabila Amy Kwan Dict Weng memperolehi pingat emas di Kejohanan Gimnastik Lingkaran Pasifik di Melbourne, Australia Sabtu lepas.

Setiausaha Kehormat Persekutuan Gimnastik Malaysia, N. Shanmugarah berkata Kwan mengumpul satu pingat emas dalam acara gelung, satu perak bagi belantan dan satu gangsa acara keseluruhan.

"Ini adalah satu kejayaan besar bagi skuad junior negara. Kejayaan ini menunjukkan satu petanda positif bahawa skuad junior mempunyai harapan untuk layak ke temasya Sukan Olimpik London pada 2012 dan ianya bukan satu impian kosong," katanya ketika di hubungi Bernama, di sini hari ini.

Shanmugarah berkata tidak mustahil dan keterlaluan jika persatuan tersebut membuat sasaran dapat merangkul pingat emas bagi acara gimnastik berirama pada Olimpik London nanti.

Turut sama mewakili negara bagi kejohanan di Melbourne ialah Ismahani Mardhiah dan Wong Poh San.

Kejohanan disertai gimnas dari New Zealand, Korea Utara, Russia, Kanada, China, Australia dan Malaysia.

Artikel Sebelum

Artikel Lain