suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kubica Sasaran Terbaru Ferrari

SHANGHAI - Pemandu Renault, Robert Kubica yang bermain teka-teki berhubung khabar angin terbaru yang mengaitkannya akan menyertai Ferrari, menegaskan masih terlalu awal untuk memikirkan mengenai perancangannya pada musim ini.

Pemandu Ferrari, Felipe Massa yang tamat kontrak pada penghujung musim ini berkata, dia tidak terburu-buru untuk menandatangani kontrak baru walaupun timbul khabar angin bahawa pasukannya berminat untuk menagih khidmat Kubica.

Kubica yang merupakan sasaran sekian lama Ferrari, mengejutkan ramai pihak apabila melakukan penampilan terbaik pada perlumbaan awal musim ini.

Pemandu kelahiran Poland itu hanya ketinggalan sembilan mata untuk mengungguli senarai pendahulu kedudukan pemandu.

"Terdapat beberapa spekulasi mengenai Ferrari pada tahun lalu dan begitu juga tahun ini. Jadi, kita tunggu dan lihat saja apa yang akan berlaku kelak," kata Kubica.

Menurutnya, masih terlalu awal untuk berbincang mengenai perkara tersebut.

Buat masa ini, Kubica berkata, dia amat gembira bersama pasukan Renault.

Ferrari membelanjakan pelaburan besar untuk mendapatkan khidmat Fernando Alonso pada musim ini, oleh itu kedudukan Massa mungkin terancam jika pasukan dari Itali itu berhasrat merubah barisan pemandunya.

Bagaimanapun, pemandu kelahiran Brazil itu yang berusaha memulihkan kecederaan yang dialaminya pada tahun lalu mendahului senarai kedudukan pemandu selepas tiga perlumbaan.

Massa berkata, dia berasa yakin dengan statusnya bersama Ferrari dan tidak terdesak untuk berbincang mengenai pembaharuan kontrak.

Artikel Berikut

Artikel Lain