Gol Ahmad Fakri Saarani Bawa Malaysia Ke Separuh Akhir, Tewaskan Thailand 2-1 - Sukan | mStar

Gol Ahmad Fakri Saarani Bawa Malaysia Ke Separuh Akhir, Tewaskan Thailand 2-1

VIENTIANE: Jaringan Ahmad Fakri Saarani pada minit ke-89 membawa skuad bola sepak bawah 23 kebangsaan mara ke peringkat separuh akhir acara bola sepak lelaki pada Sukan SEA ke25 selepas menewaskan juara lapan kali, Thailand 2-1 pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan A yang berlangsung di Stadium Utama, Kompleks Sukan Nasional Laos di sini hari ini.

Skuad bimbingan K. Rajagobal yang dalam misi "hidup atau mati" bertemu juara bertahan itu yang sekadar memerlukan keputusan seri untuk mara ke separuh akhir bagaimanapun berjaya mengikat asakan Thailand yang mendominasi permainan.

Thailand yang dibimbing bekas jurulatih skuad bola sepak Perak, Steve Darby, memperolehi dua percubaan berbahaya hasil gerakan penyerang berkembar mereka Sompong Soleb dan Anawin Jujeen, masing-masing pada minit ke-5 dan ke-9 yang mencemaskan seketika gawang Malaysia.

Malaysia juga mempunyai tiga peluang yang mampu menghasilkan gol awal namun percubaan daripada Norshahrul Idlan Talaha, S.Kunanlan dan Safiq Rahim tersasar untuk keputusan seri tanpa gol pada separuh masa pertama.

Thailand bagaimanapun bangkit pada awal babak kedua dan berjaya menjaringkan gol pendahuluan pada minit ke52 menerusi Arthit Suntornpanavej.

Anak buah Rajagobal terpaksa menunggu sehingga minit ke-81 untuk mencari gol penyamaan yang dijaringkan oleh Mohd Nasriq Baharom selepas menampan kemas bola ke gol lawan, hasil umpanan Mohamad Muslim Ahmad.

Tertekan dengan gol penyamaan itu, skuad Thailand menggandakan asakan tetapi dapat diserap oleh benteng Malaysia dan prestasi cemerlang dari penjaga gawang, Mohd Sharbinee Allawee.

Seminit sebelum pengadil Pratap Singh dari India meniup wisel penamat, Ahmad Fakri menggamatkan hampir 100 penyokong Malaysia di stadium apabila bola tampanannya, hasil hantaran lintang Norshahrul Idlan Talahan, menerjah jaring Thailand.

Kejayaan skuad bola sepak mencipta sejarah menyingkirkan Thailand turut disaksikan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim.

Untuk rekod, Thailand merupakan semi finalis berturut-turut temasya sukan dwitahunan itu sejak 1973 yang juga juara lapan kali termasuk ketika Sukan SEA Korat dua tahun lepas.

Malaysia, naib juara kumpulan A akan bertemu juara kumpulan b, tuan rumah, Laos pada peringkat separuh akhir manakala satu lagi perlawanan membabitkan juara kumpulan A, Vietnam yang bertemu naib juara kumpulan b, Singapura yang akan berlangsung pada Isnin depan.

MALAYSIA: Mohd Sharbinee Allawee Ramli, Mohd Sabre Mat Abu (Mohamad Azmi Muslim), Mohd Nasriq Baharom, Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak, Norshahrul Idlan Talahan, Baddrol Bakhtial (Mohd Asraruddin Omar), Ahmad Fakri Saarani, Safiq Rahim, K.Gurusamy (Amar Rohidan), S.Kunanlan, Mohamad Muslim Mohamad.

THAILAND: Kawin Thamsatchanan, Ponlawat Wangkahad, Kiatprawutsawae, Suttinun Phukhom, Arthit Sunthorpit (Sumanya Purisay), Kirati Keawsombut, Piyachart Thamaphan, Khapfa Boonmatoon, Sompong Soleb, Anawin Jujeen (Apipoo Suntornpanavej), Adul Lahsoh. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain