suria

Malaysia 'A' tewaskan Malaysia 'B', Uzbekistan pesta gol

IPOH: Pasukan lelaki Malaysia 'A' membuka kempen Kejohanan Hoki Tertutup Enam Sebelah Asia dengan menewaskan pasukan pelapis negara, Malaysia 'B', 20 di Stadium Indera Mulia, di sini, hari ini.

Dalam perlawanan kedua, Uzbekistan membelasah Thailand 13-1.

Kejohanan secara liga dalam kumpulan itu turut disaksikan oleh Presiden Persekutuan Hoki Asia (AHF) Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Esok, juara bertahan Iran akan menentang Malaysia 'B' pada pukul 4.30 petang manakala Malaysia 'A' akan bertemu Thailand pada pukul 6 petang. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain