suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Selangor sedia untuk terus terajui takhta Liga Super

KUALA LUMPUR: Juara Piala FA dan Piala Sumbangsih, Selangor kini bersedia sepenuhnya untuk melebarkan penguasaan di takhta Liga Super setelah rehat kira-kira tiga minggu.

Jurulatihnya, K. Devan berkata, skuad Red Giants itu telah menggunakan tempoh rehat itu, yang akan berakhir Selasa ini, dengan sebaik mungkin bagi meningkatkan prestasi pemain.

"Kita telah mengadakan empat perlawanan persahabatan, beberapa program meningkatkan ketahanan fizikal pemain serta membaiki kelemahan individu dan berpasukan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Devan berkata, daripada empat perlawanan persahabatan itu, mereka telah memenangi tiga daripadanya iaitu menentang Harimau Muda (2-1), PKNS Selangor (4-0) dan Angkatan Tentera Malaysia (3-0) manakala kalah 0-1 kepada PKNS Selangor.

"Saingan Liga Super kini berbaki sembilan perlawanan bagi Selangor dan bagi kami setiap perlawanan adalah penting untuk mengekalkan kedudukan teratas.

"Kita akan berjuang habishabisan untuk mendapatkan mata maksimum dari setiap perlawanan yang diharungi kerana dengan kedudukan sekarang juara Liga Super berkemungkinan hanya akan dapat ditentukan pada dua atau satu perlawanan terakhir," katanya.

Selangor kini mengumpul 4-0 mata untuk berada di tempat pertama diikuti Perlis (3-9), Negeri Sembilan (3-3) dan juara tiga piala musim lepas, Kedah, di tangga keempat dengan mengumpul 3-2 mata.

Devan berkata, sehingga kini tiada tekanan yang dirasai oleh pasukannya walaupun berada di puncak liga kerana apa yang penting dan fokus pemain ialah mengutip mata sebanyak yang mungkin.

Mengenai perlawanan menentang Perak di Ipoh, Selasa ini, beliau berkata, beliau akan menurunkan empat pemain skuad bawah 2-3 tahun kebangsaan yang menentang Indonesia semalam.

"Perak mungkin akan memberikan tentangan yang sengit setelah empat kali kalah kepada Selangor sebelum ini," katanya.

Perak yang dibimbing M. Karathu sebelum ini tumpas 1-5 pada perlawanan pramusim diikuti tewas lagi pada pusingan pertama Liga Super 1-3 dan dua perlawanan suku akhir Piala FA dengan keputusan 1-2 dan 0-2. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain