suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Peranan Pesuruhjaya Sukan ditingkatkan elak perbalahan persatuan sukan

PETALING JAYA: Peranan Pesuruhjaya Sukan akan dipertingkatkan untuk menyelesaikan perbalahan dalam badan sukan yang timbul berikutan perebutan jawatan, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata amalan berpolitik dalam persatuan sukan terutamanya melibatkan perebutan jawatan tidak langsung melambangkan semangat kesukanan tinggi yang seharusnya diamalkan oleh setiap persatuan sukan.

Katanya perbalahan itu telah menyebabkan ada persatuan sukan yang digantung pendaftarannya dan ada juga yang mengheret kes tersebut ke mahkamah.

"Saya melihat amalan berpolitik dalam persatuan sukan melebihi apa yang berlaku dalam parti politik sendiri. Persatuan sukan seharusnya mementingkan memajukan sukan masing-masing terutamanya atlet-atlet di bawah naungannya," katanya berucap pada Malam Anugerah 100PLUS Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia di Subang Jaya di sini malam tadi.

"Kita perlu faham bahawa ibu bapa menyerah anak-anak (atlet-atlet) mereka kepada persatuan untuk terlibat dengan serius dalam bidang sukan masing-masing. Dengan adanya, perbalahan dalam badan persatuan sudah tentu menjejaskan masa depan mereka," katanya.

Dengan mengutamakan atlet daripada persatuan, peranan Pesuruhjaya Sukan harus dipertingkatkan untuk mengelak dan menyelesaikan sebarang perbalahan dengan cepat, kata Ahmad Shabery. BERNAMA

Artikel Lain