suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

35 pasukan sertai kejohanan Tarik Tali Terbuka Malaysia 2009

KUALA LUMPUR: Sebanyak 35 pasukan telah mengesahkan penyertaan pada Kejohanan Tarik Tali Terbuka Malaysia 2009 di Padang Merbok di sini Ahad ini.

Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Muhammad Sidek Khalid berkata kejohanan julung kali itu dianjurkan sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Yang diPertuan Agong.

Di samping itu, kejohanan itu dapat mencungkil bakatbakat baru dalam sukan tarik tali, katanya pada sidang akhbar di Manara DBKL di sini semalam.

Katanya penganjuran kejohanan peringkat kebangsaan itu adalah berdasarkan sambutan menggalakan daripada warga kota pada kejohanan sama sempena Hari Wilayah Persekutuan Februari lepas dan Hari Kemerdekaan tahun lepas.

Kejohanan, yang menawarkan hadiah wang tunai RM25,000, itu akan mempertandingkan empat ketegori iaitu terbuka lelaki dan wanita, pasukan beruniform dan remaja lelaki.

Tarikh akhir penyertaan ialah pada Sabtu ini dan pihak yang berminat boleh mendaftar melalui laman web www.origenius.com.my atau menghubungi urusetia kejohanan di talian 03-22723443. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain