suria

Reboot ‘Rahsia’ dapat sentuhan anak Othman Hafsham, temui penonton 10 Ogos

Rahsia merupakan filem reboot lakonan Noorkumalasari.

FILEM seram ikonik arahan Othman Hafsham iaitu Rahsia bakal tampil semula dengan versi reboot yang akan ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 10 Ogos ini.

Rahsia berjaya melakar fenomena suatu masa dulu sekali gus mengangkat Othman sebagai Pengarah Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-7 (FFM7).

Legasi pengarah berkenaan diteruskan lagi oleh anaknya iaitu Shamyl Othman yang diberi kepercayaan untuk mengarahkan filem reboot Rahsia.

Menurut Penerbit Eksekutif Rahsia merangkap Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, pihaknya memilih Rahsia kerana filem ini mempunyai pengikutnya tersendiri.

rahsia1 - 1

Barisan pelakon yang membintangi filem Rahsia.

"Kejayaannya dalam melakar fenomena pada 1987 bukan sekadar memberi impak pada penonton, tetapi juga pada landskap industri perfileman negara apabila menjadi filem seram pertama diangkat sebagai Filem Terbaik Festival Filem Malaysia.

"Mungkin generasi baru tidak begitu mengetahui tentang filem Rahsia 1987, jadi kami berharap kehadiran versi reboot ini dapat mencipta satu lagi sejarah baru," katanya.

Rahsia menceritakan tentang pembongkaran sejarah silam sebuah keluarga. Ramlah pulang bercuti ke rumah ayahnya, Tan Sri Karim bersama suami, Hamdan dan anak-anak, Marina dan Saiful.

ARTIKEL BERKAITAN: Nadhir Nasar budak baharu tapi lantang bersuara, berani kritik filem 'Vik2ria Secret'... "Siapa lagi nak bangkitkan isu ini?"

ARTIKEL BERKAITAN: 'Sumpahan Jerunei' buat Bront Palarae tak fikir panjang, genre seram tapi sarat adat dan budaya

Keadaan menjadi keruh apabila Saiful tiba-tiba lesap sewaktu mereka berkelah di tepi pantai. Pihak polis yakin Saiful hilang di persisiran pantai, namun Ramlah berkeras bahawa anaknya disembunyikan kuasa mistik.

Seperti versi asal Rahsia yang membariskan pelakon terkenal negara, versi reboot turut menampilkan wajah-wajah popular termasuk Nabila Huda, Fikry Ibrahim, Eman Manan, Marsha Milan, Rashidi Ishak, Qistina Raisah serta penampilan istimewa Othman Hafsham dan Susan Lankester.

Untuk info, filem Rahsia sebelum ini merupakan filem seram pertama yang dinobatkan sebagai pemenang Filem Terbaik di FFM7 serta membolot tujuh anugerah dalam kategori lain pada 1987.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain