suria

Achey terkesan tonton ‘Frontliner’, tak sangka jalan cerita sama dengan keadaan sebenar - “Bezanya dalam filem ibu saya meninggal sebab Covid-19”

Ibu Achey pernah disahkan positif Covid pada Ogos lalu.

MENONTON lakonan sendiri dalam filem Frontliner membuatkan pelawak Achey Bocey terkenang saat ibunya Ngaisah Hassan bertarung nyawa melawan Covid-19 pada Ogos lalu.

Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah berkata, jalan cerita filem berkenaan sedikit sebanyak sama dengan apa yang dilalui ketika ibunya dijangkiti wabak itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Achey bimbang gagal hubungi ibu sejak Jumaat - “Saya risau mak akan tertekan kalau tak dapat cakap dengan anak”

ARTIKEL BERKAITAN: “Mak selesa tidur meniarap” - Achey lega pernafasan ibu lebih lancar, masih boleh buat ‘video call’

"Sejujurnya jalan cerita filem itu memang boleh dikaitkan dengan keluarga saya sendiri. Bila tonton filem itu memang memberi kesan mendalam kepada saya.

Achey 2

Ibu Achey masih memerlukan bantuan mesin oksigen.

"Ibu saya sendiri baru-baru ini dijangkiti Covid-19 dan perniagaan keluarga saya juga terjejas disebabkan pandemik. Sama macam jalan cerita filem itu.

"Malah selepas ibu saya tonton filem itu, dia ada cakap dekat saya yang bezanya dia tak mati sebab Wan Maimunah yang melakonkan watak sebagai ibu saya dalam filem itu meninggal sebab Covid-19.

Ibu saya sendiri baru-baru ini dijangkiti Covid-19 dan perniagaan keluarga saya juga terjejas disebabkan pandemik.

ACHEY

PELAWAK

"Bila dia cakap macam itu menusuk hati saya. Ibu saya memang ada penyakit tambah pula dengan kesan virus itu masih ada. Sekarang pun dia memerlukan bantuan mesin oksigen di rumah," katanya kepada mStar.

Pada 12 Ogos lalu, ibu ahli kumpulan Bocey ini dimasukkan ke Hospital Segamat, Johor pada 3 Ogos lalu selepas disahkan positif Covid-19.

Achey membawa watak sebagai anggota polis dalam filem Frontliner yang kini sedang ditayangkan di platform Netflix.

Achey 1

Selain Achey, Frontliner turut dibintangi oleh Azhan Rani, Beto dan Farah Ahmad.

Dalam pada itu, Achey mengakui setiap filem atau karya mempunyai kelebihan dan kekurangan memandangkan ia dihasilkan tidak mengikut citarasa semua orang.

"Sudah semestinya setiap karya mempunyai kelebihan dan kekurangan. Sebab kita tak boleh nak buat cerita mengikut semua orang punya minat.

"Kita pun tak boleh nak puaskan semua orang. Filem itu hanya berkongsi mengenai pengalaman sebenar dan kesan Covid-19 yang melanda negara.

"Alhamdulillah pada yang suka menonton itu satu bonus untuk kami. Kalau ada yang komen tak suka, itu terpulang kepada mereka," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain