suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Disyaki rogol gadis di Johor Bahru, pelawak direman 5 hari

Suspek dikatakan bekas peserta program komedi ditahan reman selama 5 hari.

SEORANG pelawak ditahan polis selepas dipercayai merogol seorang gadis berusia 20-an pada pagi Khamis.

Suspek juga merupakan seorang bekas peserta sebuah program realiti komedi stesen televisyen berbayar tempatan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat mengesahkan penangkapan itu selepas dihubungi pemberita.

ARTIKEL BERKAITAN: Tukang tilik disyaki rogol wanita dicekup polis

ARTIKEL BERKAITAN: Penganggur rogol kekasih bawah umur... Rupanya mangsa tinggal sebumbung dengan pelaku

Menurut Raub, suspek merupakan lelaki berusia lingkungan 40-an dan dia ditahan di sekitar bandar raya Johor Bahru pada awal pagi tadi.

“Suspek telah dikenakan reman selama lima hari bermula hari ini hingga 2 Disember depan.

"Polis sedang menjalankan siasatan terhadap kes ini mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.

Perintah reman terhadap suspek dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Rendah Johor Bahru, Muhammad Fitri Mokhtar.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain