suria

Sarah Yasmine dedah mesej Meerqeen ajak jumpa, tak mahu dianggap terhegeh-hegeh

Sarah dedah dia tidak terhegeh-hegeh dengan Meerqeen.

ENGGAN dianggap terhegeh-hegeh, kekasih gelap Aliff Aziz mendedahkan perbualan dipercayai dengan aktor Meerqeen bagi membuktikan hubungan mereka bukan sekadar artis dan peminat.

Bukan bertepuk sebelah tangan, Sarah, 24, sebaliknya menunjukkan bukti mesej dihantar Meerqeen kepadanya sekitar September 2023 yang antaranya pelakon muda itu tidak henti-henti mengajaknya bertemu.

Kata Sarah, tangkap layar yang dimuat naik itu sudah cukup menunjukkan kemesraan mereka dan dia bukannya sekadar 'peminat' seperti didakwa Meerqeen.

SYM

Antara antara Instastory dimuat naik Sarah pada petang Sabtu.

"Melayan dia (Meerqeen) bukan tak melayan okay. Letak tangkap layar saja, jadi tiada orang boleh cakap dia tak layan dan aku pula yang terhegeh-hegeh.

"Okay yang lain tak perlu. Selagi saya telah memberikan ‘resit’ bahawa saya bukanlah seorang peminat,” jelasnya.

Perkara itu dikongsi Sarah melalui Instastory miliknya pada petang Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Meerqeen kenal Sarah Yasmine tapi tak pernah berkawan, anggap hubungan sekadar peminat

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Sarah Yasmine bukan peminat, tampil bukti perbualan dengan Meerqeen

Menerusi paparan tangkap layar berkenaan, individu dipercayai Meerqeen itu bertanya sama ada benar Sarah ingin datang ke Malaysia.

Individu tersebut dalam mesej berbeza pula seolah-olah mengharap dapat bertemu dengannya dan bertanya berulang kali jika Sarah jadi datang atau pun sebaliknya.

"Betul awak nak datang? Nak (Sarah datang Malaysia)... Tapi saya tak susahkan awak ke?

"Saya kesian awak... awak betul-betul akan datang? Jadi saya akan jumpa awak malam ini?. Awak jadi datang ke tidak?" katanya dalam mesej tersebut.

SYM2

Sarah hanya kongsi sebahagian perbualan bersama Meerqeen.

Sarah memaklumkan dia sudah menempah tiket penerbangan ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengannya sebelum individu tersebut memberitahu lokasi pertemuan mereka berdekatan dengan lapangan terbang dan kediamannya.

“Ini dekat dengan lapangan kapal terbang dan rumah saya,” antara perbualan tersebut.

Pada malam Jumaat, Meerqeen atau Muhammad Shameer Shaugeen Shaiful Izam, 23, mengakui pernah bertemu Sarah bagaimanapun berkata hubungan mereka tidak lebih daripada seorang artis dan peminat.

la susulan seorang pengguna di aplikasi X mendakwa Sarah juga pernah mempunyai hubungan dengan Meerqeen.

SYM 1

Perbincangan Meerqeen untuk bertemu dengan Sarah.

Bagaimanapun, pengguna berkenaan tidak menjelaskan secara terperinci mengenai status hubungan Sarah dan Meerqeen.

Pada Isnin lalu, Sarah mendedahkan dia sudah menjalin hubungan istimewa bersama pelakon Aliff Aziz sejak awal Januari lalu.

Kata Sarah, dia memberanikan diri untuk mendedahkan hubungan mereka selepas melihat Aliff teruk dikecam netizen akibat ditangkap berkhalwat bersama Ruhainies pada Mac lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain