suria

“Tahulah tak pandai” - Shuhada minta Hafidz Roshdi jangan tunjuk bodoh, gagal beza sebutan dan perbicaraan kes mahkamah

Shuhada geram dengan kenyataan Hafidz yang dianggap sebagai bodoh.

TINDAKAN bekas isteri Hafidz Roshdi meluahkan rasa geram terhadap aktor itu menerusi laman sosial miliknya mencuri perhatian ramai.

Mana tidaknya, Shuhada atau Nurul Shuhada Mat Shukri, 30, menggunakan perkataan 'bodoh' kerana Hafidz gagal membezakan tentang sebutan dan perbicaraan kes mereka di mahkamah.

Shuhada ketika dihubungi mStar bagaimanapun tidak menafikan status terbaharunya itu ditujukan buat Hafidz.

size NP 1 (92)

Shuhada bersama peguamnya ketika menghadiri prosiding kes hadanah pada Selasa.

"Betul, memang saya tujukan kepadanya selepas dia ada memuat naik satu kenyataan di Instastory miliknya," katanya.

Sebelum itu, Shuhada meluahkan perasaan geram selepas Hafidz menjelaskan sebutan kes di mahkamah tidak perlu hadir.

Kenyataan itu dibuat Hafidz sebagai merujuk kepada kegagalan dia menghadirkan diri pada perbicaraan kes Hadanah interim dan kekal dua anak mereka di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 26 Mac lalu.

Shuhada menerusi Instastory turut berkongsi pesanan daripada Imam Syafie tentang berhujah dengan orang tiada ilmu.

ARTIKEL BERKAITAN : Anak terlalu rindu Hafidz Roshdi, minta Shuhada belikan robot jadi bapa

ARTIKEL BERKAITAN : [V] “Itu privasi saya dan bekas isteri” - Hafidz Roshdi tak lupa tanggungjawab, tepis dakwaan culas bayar nafkah anak

"Tahulah tak pandai, tapi janganlah tunjuk sangat bodoh itu sampai tak tahu sebutan, bicara, keputusan mengenai kes mahkamah.

"Benak ubi kayu ke ubi besi ke aku pun tak faham.

"Tapi betul macam Imam Syafie kata, 'Aku mampu berhujah dengan 10 orang berilmu tetapi aku pasti kalah dnegan seorang yang jahil'," kongsinya.

Pada 16 Mei tahun lalu, Hafidz memfailkan tuntutan hadanah terhadap dua anak mereka iaitu Humairah, 7 dan Umar, 4 tahun.

size NP 1 (90)

Kenyataan Shuhada dan Hafidz di Instastory masing-masing.

Bagaimanapun pada 31 Oktober 2023, Shuhada memfailkan pula permohonan memasukkan nama ibunya sebagai pihak tambahan dalam tuntutan tersebut.

Selasa lalu, mahkamah meluluskan permohonan tersebut dan kes disambung semula pada 28 Mei 2024.

Untuk rekod, Hafidz atau Muhammad Hafidz Roshdi, 30 dan Shuhada melangsungkan perkahwinan pada 30 April 2016.

Pasangan itu bagaimanapun sah bercerai pada 27 Julai tahun lalu selepas Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam menetapkan lafaz dibuat pelakon itu terhadap Shuhada pada 22 Februari adalah sah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain