suria

Nur Nilam dedah sudah bercerai dengan Azlan Komeng, orang ketiga punca perkahwinan musnah

Azlan melafazkan cerai di luar mahkamah.

ISTERI kepada pelakon Azlan Komeng iaitu Nur Nilam Ortiz mengesahkan dia sudah bercerai dengan aktor berkenaan.

Tidak menyatakan secara jelas mengenai perceraian mereka itu, Nilam, 45, bagaimanapun memberitahu bakal hadir ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada Khamis bagi membuat pengesahan lafaz cerai.

"Saya dan Komeng sudah bercerai. Tapi kena tunggu Khamis akan ke mahkamah untuk sahkan lafaz cerai sebab lafaz dibuat di luar mahkamah.

nilam komeng 3

Nilam mendedahkan Azlan sudah lafaz cerai.

"Walaupun saya bukan rakyat Malaysia, tapi saya menghormati undang-undang negara ini," katanya.

Nilam mendedahkan perkara itu dalam satu video yang dimuat naik di laman TikTok miliknya.

Menerusi hantaran tersebut, dia turut memberi bayangan punca keretakan rumah tangga adalah disebabkan orang ketiga yang digelar sebagai 'pelacur peribadi'.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas bayi kembar dalam kandungan isteri hilang, Azlan Komeng dedah terima gangguan sihir pemisah

ARTIKEL BERKAITAN: Sedih bayi kembar hilang dalam kandungan, isteri Azlan Komeng tak buka aib suami cuma pertahan diri

Nilam turut menyindir wanita berkenaan supaya boleh bersiap sedia melakukan majlis pernikahan selepas urusan perceraian mereka itu selesai.

"Aku rasa kau dah boleh buat persiapan majlis kesyukuran sebab kau teruja nak jadi isteri kepada artis.

"Aku doakan supaya impian kau menjadi isteri Azlan Komeng tercapai," ujarnya.

nilam komeng 2

Perkahwinan Azlan dan Nilam tidak bertahan lama.

Dalam pada itu, Nilam turut memberi bayangan mendakwa wanita itu pernah menjalinkan hubungan dengan Azlan sebelum dia berkahwin.

"Setahu aku sebelum wujud kau, Komeng dah ada isteri tetapi kemudian cerai. Selepas itu dia berkahwin dengan aku, tetap tak ambil kau jadikan isteri.

"Boleh ke dari title PP menjadi isteri? Semoga berjaya. Aku doakan kau bahagia," ujarnya.

Untuk rekod Azlan dan Nilam mendirikan rumah tangga pada 22 Januari 2022.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain