suria

Mahkamah lepas, bebas Zizie Izette dan Bung Moktar tuduhan rasuah RM2.8 juta

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Bung dan Zizie daripada tuduhan rasuah.

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis melepas dan membebaskan pelakon Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad dan suami, Datuk Seri Bung Moktar Radin atas tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta pada Khamis.

Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Ahli Parlimen Kinabatangan itu dan isteri menyemak keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkan pasangan itu membela diri pada 2 September tahun lalu.

Ia susulan mahkamah memerintahkan Bung dan Zizie membeli diri atas semua pertuduhan rasuah selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap mereka.

zizie1 - 1

Zizie dan Bung dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan rasuah.

Bung dan Zizie kemudiannya membuat rayuan keputusan Azhar pada 9 Disember 2022 yang menolak permohonan pasangan itu menyemak keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkan mereka membela diri.

Untuk rekod, pada 3 Mei 2019, Bung, 65, didakwa atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan mendapatkan kelulusan Felcra untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual Berhad.

ARTIKEL BERKAITAN: "Mommy did you win?" - Zizie Izette tak dapat tahan air mata, anak-anak adalah nyawanya

ARTIKEL BERKAITAN: "Semoga tabah, Allah mengetahui segalanya" - Peminat beri kata-kata semangat kepada Zizie

Bung dituduh menerima rasuah daripada ejen Public Mutual iaitu Madhi Abdul Hamid menerusi Zizie, 45, di Public Bank cawangan Taman Melawati antara pukul 12.30 tengah hari dan 5 petang pada 12 Jun 2015.

Ahli parlimen itu juga didakwa menerima suapan wang tunai RM337,500 daripada perunding Unit Amanah, Norhaili Ahmad Mokhtar di bawah nama Zizie Izette atas sebab sama dan di tempat sama pada 19 Jun 2015.

Zizie berdepan tiga pertuduhan bersubahat dengan Bung ditempat, tarikh dan masa sama.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain