suria

Pengarah murung tiga hari, nama tiba-tiba kena gugur arah filem produksi Mat Kilau

Areel kecewa namanya diberhentikan dari penglibatan filem terbitan Studio Kembara.

TIADA angin tiada ribut, pengarah filem Areel Abu Bakar terkejut apabila namanya secara tiba-tiba digugurkan daripada produksi sebuah filem terbitan Studio Kembara Sdn Bhd.

Kata Areel, 37, perkara tersebut dimaklumkan kepadanya pada April lalu dalam satu pertemuan dengan team produksi produksi berkenaan selepas karya dipercayai sambungan filem Mat Kilau itu sudah disiapkan sebanyak 90 peratus.

"Kalau boleh saya tak mahu beri sebarang komen. Mereka panggil ketika saya tengah gembira proses edit dah siap 90 peratus.

areel 2

Areel masih menunggu pejelasan penuh pihak Studio Kembara.

"Saya diberhentikan tanpa sebarang alasan dan saya pun tak tahu apa puncanya... memang rasa kecewa sebab saya letakkan sepenuh hati untuk filem itu.

"Tiga hari juga saya murung selepas kejadian itu," katanya kepada mStar.

Areel berkata demikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem kedua arahannya berjudul Walid yang berlangsung GSC Starling Mall, Petaling Jaya, Selangor pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Filem prekuel ‘Mat Kilau’ dalam perancangan, tapi tanpa Syamsul Yusof dan Adi Putra

ARTIKEL BERKAITAN: Individu dakwa penerbit ‘Mat Kilau’ hutang RM150,000, Abdul Rahman yakin ada pihak cuba ambil kesempatan

Susulan namanya digugurkan tanpa sebab, Areel melarang Studio Kembara Sdn Bhd menayangkan filem itu kerana karya berkenaan tidak melibatkan dia sepenuhnya.

Areel bagaimanapun masih terbuka untuk mengadakan perbincangan lanjut menyelesaikan isu berkaitan filem berkenaan.

"Sekarang ini mereka senyap sahaja... kalau boleh saya tak suka filem saya ada nama orang lain, jika mahu tayang mereka buatlah semula dari awal.

Saya diberhentikan tanpa sebarang alasan dan saya pun tak tahu apa puncanya... memang rasa kecewa sebab saya letakkan sepenuh hati untuk filem itu

AREEL ABU BAKAR

PENGARAH

"Biarlah mereka selesaikan dengan saya dahulu. Kalau tidak ada jalan penyelesaian saya akan keluarkan kenyataan secara rasmi nanti," ujarnya.

Dalam masa sama Areel percaya apa yang terjadi itu adalah satu rezeki dan pengalaman baharu buatnya.

Malah kekecewaan hatinya sedikit terubat apabila filem Walid mendapatkan tayangan di Los Angeles dan New York, Amerika Syarikat pada Julai lalu.

mat kilau 1

Filem Mat Kilau arahan Syamsul mencatatkan kutipan tertinggi.

"Saya percaya pada rezeki. Ini mungkin bukan rezeki saya. Tak dapat rezeki di situ tapi filem saya diberi peluangan tayangan di AS," jelasnya.

Untuk rekod filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang ditayangkan pada Jun tahun lalu merupakan arahan Syamsul Yusof dan pihak produksi merancang mengadakan sambungan filem itu dengan sentuhan tangan pengarah lain.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain