suria

Lafaz cerai ND Lala terhadap isteri menerusi WhatsApp sah

ND Lala sah bercerai dengan Fauziah.

LAFAZ cerai dibuat penyanyi era 80-an iaitu Datuk ND Lala terhadap isterinya iaitu Fauziah Sarman pada awal Ogos lalu adalah sah.

Pengesahan lafaz cerai itu dibuat di hadapan Hakim Syarie Ahmad Muttaqi Ismail di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada pagi Selasa.

Ahmad Muttaqi dalam keputusannya memberitahu lafaz dibuat ND Lala atau Amir Amzah Salleh, 62, menerusi rakaman suara di aplikasi WhatsApp pada 2 Ogos lalu adalah sah.

Dalam pada itu, Fauziah, 55, hadir ke mahkamah bersama dua rakannya termasuk ibu kepada penyanyi Ismail Izzani iaitu Datin Suliza Salam.

Sebelum ini, anak sulung mereka iaitu penyanyi Shila Amzah berharap orang ramai mendoakan kebahagiaan orang tuanya selepas mendedahkan sudah bercerai.

ND1 - 1

Shila enggan masuk campur urusan ibu dan bapanya.

Menurut Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 32, sebagai anak dia tidak mampu memaksa ibu bapanya terus bersama susulan mereka berdepan dengan pelbagai kemelut rumah tangga.

Pada tahap ini kata Shila, dia berharap perpisahan itu akan memberi kebahagiaan kepada ibu bapanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Perkahwinan 34 tahun berakhir, isteri dedah ND Lala sudah lafaz cerai

ARTIKEL BERKAITAN: "Serabut tengok mereka bergaduh" - Shila Amzah tak mampu paksa ibu bapa terus bersama, cerai jalan terbaik

Pada 9 Ogos lalu, Fauziah memaklumkan sudah diceraikan oleh suaminya yang melafazkan cerai itu di Masjid Ar Rahman, Bangsar, Kuala Lumpur pada 2 Ogos lalu dan memaklumkan kepada dirinya melalui aplikasi Whatsapp pada 8 Ogos.

Kata Fauziah, dia memberitahu perkara ini agar tidak timbul fitnah berkenaan status rumah tangga mereka sebelum ini.

Jelasnya, dia reda dengan takdir yang diterima selepas 34 tahun melayari bahtera rumah tangga bersama suami.

Untuk rekod, ND Lala mendirikan rumah tangga dengan Fauziah pada tahun 1989.

Pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Nurshahila, 33, Amir Syafiq, 30, Amir Syahir, 28, dan Nur Syuhada,25.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain