suria

Mimi Lana luah perasaan, moga Allah beri kekuatan dan kesabaran tempuh ujian

Mimi memohon doa agar diberikan kekuatan dan kesabaran.

SELEPAS pembatalan majlis nikah dan resepsi di saat saat akhir, pelakon Mimi Lana memberi gambaran seperti dirinya reda dengan apa yang sedang berlaku.

Mimi atau Mimi Roziana Zainal Abidin, 28, berkata, mungkin sesuatu yang dianggap perkara buruk berlaku itu adalah yang terbaik untuknya dan Syafiq di dunia dan akhirat.

Akres berkenaan juga memohon agar diberikan kekuatan untuk dia terus melangkah ke depan.

1

Pasangan ini bertunang pada Februari lalu.

"Semoga apa yang saya dan dia (Syafiq) percaya perkara ini (pembatalan nikah) adalah yang terburuk untuk saya... tetapi sebenarnya ia adalah yang terbaik untuk kami di dunia dan akhirat.

"Semoga Allah memberikan saya kekuatan dan kesabaran untuk terus melangkah," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu minta maaf tak boleh komen, suruh tanya pada Syafiq dan Mimi

ARTIKEL BERKAITAN: Mimi Lana, Syafiq Kyle saling ‘unfollow’, ada pula pihak dakwa nikah malam ini

Mimi berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Dalam pada itu, pelakon drama Perempuan Itu juga berharap agar dia dikelilingi perkara positif dan setiap keburukan yang dilalui mempunyai hikmah.

"Semoga Allah mengelilingi saya dan dia dengan rasa positif... semoga setiap air mata yang mengalir menjadi jalan untuk menghapuskan dosa.

"Semoga setiap doa yang kami ucapkan dimakbulkan dan semoga anda dan saya sentiasa tersenyum," ujarnya.

Sebelum ini, pengurus Mimi iaitu Iman Tang memaklumkan pembatalan majlis pernikahan dan resepsi pasangan berkenaan disebabkan mereka terikat dengan jadual penggambaran selain Mimi perlu menyelesaikan beberapa perkara dengan Syafiq.

Pasangan itu sepatutnya disatukan sebagai suami isteri pada pagi 18 Ogos ini sementara resepsinya pada sebelah malam berkonsepkan acara dalam taman di Puncak Rimba, Bentong, Pahang pada sebelah malam.

mimiii2 - 1

Mimi dan Syafiq membatalkan pernikahan di saat akhir.

Rakan-rakan artis dan jemputan yang menerima mesej pembatalan itu juga turut terkejut kerana majlis berkenaan hanya akan berlangsung dalam masa seminggu sahaja lagi.

Pada Khamis lalu, Mimi diraikan dalam satu majlis istimewa yang hanya dihadiri sahabat rapatnya termasuk pelakon Fazura, Amelia Henderson, Azira Shafinaz, Nabila Huda dan Sherry Al Hadad.

Untuk rekod, pasangan ini juga pernah dikatakan putus cinta pada Mei 2020 selepas lima tahun bersama namun hubungan mereka kembali bertaut apabila berkongsi gambar di media sosial.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain