suria

Boy Iman bukan dalang pembatalan karnival Aidilfitri, sedia disiasat polis

Boy Iman menafikan dia adalah dalang karnival yang dibatalkan itu.

PELAKON Boy Iman menyangkal dakwaan dia adalah dalang di sebalik kekecohan karnival jualan sempena Aidilfitri yang sepatutnya berlangsung bermula Rabu hingga Jumaat di Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur (WTCKL).

Boy Iman atau Norul Iman Abdul Rahman, 43, berkata, Festival Raya Horeey x Fest Raya itu bukan anjurannya sebaliknya syarikat tempat dia bekerja.

"Saya tidak layak untuk bercakap, apa lagi memberi sebarang kenyataan melibatkan syarikat kerana itu bukan syarikat saya.

boy2 - 1

Boy Iman hanya pekerja dan bukannya penganjur.

"Saya bukan CEO syarikat, saya juga bukan bertanggungjawab terhadap akaun, perjalanan syarikat, atau SOP syarikat.

"Saya hanyalah pekerja yang makan gaji tertakluk pada surat tawaran kerja dan surat perlantikan yang dikeluarkan kepada saya mengikut SOP kerja yang termaktub disitu ditandatangani oleh saya dan CEO syarikat," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah keluar modal besar tiba-tiba karnival jualan Aidilfitri batal saat akhir, Ayie Floor88 bengang rupanya ada kaitan Boy Iman

ARTIKEL BERKAITAN: Farid Kamil akur gelaran Datuk ditarik! Boy Iman pula hairan... "Ia buktikan saya bukan ‘datuk di pagar' atau beli"

Dalam pada itu, Boy Iman juga memberitahu dia bersedia untuk disiasat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau mana-mana pihak berkuasa mengikut undang-undang bagi membuktikan dia tidak bersalah.

Kata Boy Iman, kenyataan yang dikeluarkan ini adalah benar dan dia tidak kisah sekiranya perkara ini dibawa ke muka pengadilan.

"Kenyataan saya ini adalah fakta dan boleh dibawa ke pihak berkuasa atau mahkamah kerana semuanya telah didokumenkan secara sah mengikut undang-undang.

"Saya juga bersedia disiasat oleh PDRM atau mana-mana pihak berkuasa mengikut lunas yang ditetapkan dalam perlembagaan negara,” ujarnya.

Sementara itu, Boy Iman turut memberi amaran agar tiada lagi pihak yang mengaitkan namanya dengan perkara berkenaan.

"Saya memberi amaran keras kepada semua pihak untuk tidak menyebut, menulis, komen, memutar belit, menokok tambah sebarang cerita, fakta yang tidak sahih berkenaan saya," tambahnya.

boy1 - 1

Boy Iman memberikan amaran keras tidak lagi mengaitkan namanya.

Pada Rabu, Ketua Pengarah Eksekutif Tenview (M) Sdn Bhd yang juga merupakan penganjur karnival iaitu Datuk Mohammad Aliff Hakim berkata tindakan penaja utama menarik diri menyebabkan bayaran untuk lokasi acara tidak dapat dilunaskan.

Aliff juga telah mengadakan pertemuan dengan peniaga-peniaga yang terkesan dan akan menggembalikan wang kepada peniaga tetapi turut memberikan pilihan buat mereka.

Peniaga mempunyai pilihan untuk mendapatkan bayaran balik atau menunggu tarikh acara berikutnya yang akan diumumkan nanti.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain