suria

Drama dah siar hutang tak bayar, Ayu Puteh tuntut stesen TV swasta jelaskan segera bayaran lebih RM700,000

Ayu Puteh tuntut bayaran stesen televisyen.

GAGAL melunaskan bayaran kandungan drama yang telah disiarkan sebanyak RM704,000, produser Datuk Ayu Puteh menuntut hutang tersebut dibayar segera daripada sebuah stesen televisyen swasta.

Menurut Ayu atau Normashayu Puteh, 47, pemilik Pencil Pictures & Records Sdn. Bhd., drama bersiri berjudul Di Sebalik Dia itu telah bersiaran pada September tahun lalu, namun sehingga kini pihaknya masih tidak menerima bayaran seperti yang dijanjikan.

Malah, pihaknya juga telah memberikan invois bagi menuntut bayaran selepas lima bulan tayangan namun tiada respons positif dari stesen berkenaan.

ayu2 - 1

Ayu kesal stesen TV berkenaan masih belum melunaskan pembayaran.

"Kami ada menghantar invois pada Januari lalu tetapi pihak stesen TV masih lagi tidak memberi respons.

"Kita hantar lima invois yang berjumlah RM704,000. Mengikut perjanjian, bayaran akan dibuat dalam tempoh 90 hari, tetapi apabila pihak kami menghantar invois, mereka diam pula," katanya ketika dihubungi mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: "Dia sempat buat saya kopi" - Bibik lesap masa tengah solat, Ayu Puteh rugi RM12,000 akibat terlalu percaya pembantu rumah

ARTIKEL BERKAITAN: Artikel mStar bantu Ayu Puteh jejak semula pembantu rumah hilang, rupanya ada kaitan sindiket 'jual' pekerja asing

Apa yang lebih mengecewakan, bayaran tidak dilunaskan sebaliknya pihak produksi pula menerima notis penamatan kontrak serta tuntutan sebanyak RM162,192,000 dengan alasan lewat menyerahkan bahan.

"Pihak produksi menerima Surat Pembatalan Kontrak drama melalui e-mel pada 9 Januari 2023 sedangkan surat tersebut bertarikh 24 November 2022 (backdated).

Mengikut perjanjian, bayaran akan dibuat dalam tempoh 90 hari, tetapi apabila pihak kami menghantar invois, mereka diam pula.

AYU PUTEH

PENERBIT

"Lagi mengejutkan kami menerima surat tuntutan caj kelewatan penerimaan bahan siaran berjumlah RM162 juta. Bukannya mereka fikir nak bayar hutang, tapi buat pula tuntutan tak masuk akal secara tiba-tiba," ujarnya.

Kata Ayu, drama berkenaan sepatutnya dihasilkan sebanyak 28 episod namun dipadatkan kandungan dan jalan ceritanya menjadi 26 episod bagi menjaga kualiti kandungan. Ia telah disiarkan sehingga tamat tanpa sebarang masalah dan bantahan dari stesen televisyen itu.

Justeru itu kata Ayu, pihak stesen itu tidak sepatutnya melewatkan soal pembayaran kerana mereka sudah menyelesaikan tugas diberikan.

ayu1 - 1

Ayu ikhlas bekerja kerana minat.

"Janganlah macam tu kenapa tak mahu bayar hasil kerja saya. Semua kandungan episod telah diluluskan oleh stesen TV berkenaan. Dah tayang pun secara keseluruhannya, Tak ada episod yang tergantung pun.

"Saya buat kerja industri ini ikhlas walaupun untungnya 10 peratus sahaja. Ini minat saya. Saya bukan orang kaya, hanya penerbit filem dan drama saja," katanya.

Jelas Ayu, bukan beliau seorang sahaja yang berhadapan masalah berkenaan malah produser lain juga turut merungut tidak mendapat bayaran selepas karya mereka disiarkan stesen berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain