suria

[VIDEO] Jay Park akhirnya mohon maaf guna kalimah Allah, tak tahu ia sensitif - “Saya akan lebih berhati-hati, love and peace!”

Jay Park tambi membuat permohonan maaf selepas teruk dikecam netizen menggunakan nama Allah.

SELEPAS teruk dikecam netizen, penyanyi Korea Selatan Jay Park akhirnya tampil memohon maaf susulan tindakannya menyebut kalimah Allah dalam lagunya berjudul Mukkbang (Remix).

Menurut bekas ahli kumpulan 2PM itu, dia tidak berniat untuk menyinggung atau mempersendakan agama.

ARTIKEL BERKAITAN: Joe Flizzow tak sensitif lirik lagu sebut kalimah Allah? - “Baca kandungan sepenuhnya sebelum buat andaian”

"Dalam lagu yang berjudul Mukkbang remix, saya menggunakan bait lirik worship me like Allah hingga membuatkan orang ramai tersinggung dan tidak berpuas hati.

Twit permohonan maaf Jay Park menerusi akaun Twitter miliknya.

"Pada awalnya saya tidak mengetahui ada masalah tetapi selepas saya membaca komen daripada orang yang bukan membenci tetapi yang benar-benar cuba mendidik, saya menyedari bahawa saya menggunakan perkataan yang sangat bermakna bagi orang-orang Muslim dalam lirik rap saya," tulisnya di Twitter.

"Saya mohon maaf kepada semua peminat Muslim. Saya tiada niat untuk tidak menghormati atau menyinggung perasaan. Saya akan lebih berhati-hati. Love and peace!

TONTON VIDEO PENJELASAN JOE FLIZZOW!

Pada Khamis nama Jay Park tiba-tiba trending di Twitter selepas netizen menyedari mengenai kewujudan lirik ‘worship me like Allah’ yang bermaksud ‘sembah aku seperti Allah’.

Saya tiada niat untuk tidak menghormati atau menyinggung perasaan. Saya akan lebih berhati-hati. Love and peace!

JAY PARK

PENYANYI RAP

Dia didakwa tidak peka mengenai perkara itu malah liriknya juga dianggap boleh memesongkan akidah sekiranya diungkap oleh peminat Muslim.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Rata-rata peminatnya kecewa dengan sikap tidak sensitif penyanyi berkenaan yang mempermainkan agama Islam.

Ada yang menyifatkan penyanyi ini tidak melakukan kajian terlebih dahulu sebelum berkarya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain