suria

Selepas tiga bulan kontroversi 'kaki buli', KeyEast buat keputusan menamatkan kontrak Ji Soo

Ji Soo tidak mahu menimbulkan masalah lagi kepada agensi KeyEast.

SELEPAS terpalit dengan kontroversi kes buli pada Mac lalu, agensi KeyEast mengambil keputusan untuk menamatkan kontrak eksklusif dengan pelakon Ji Soo.

Menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan agensi tersebut memberitahu keputusan itu dibuat selepas mereka berbincang secara baik.

Menurut agensi tersebut, mereka juga akan melakukan yang terbaik bagi menyelesaikan tuntutan ganti rugi yang diminta oleh produksi River Where The Moon Rises disebabkan kontroversi yang berlaku.

"Untuk maklumat, kontrak eksklusif dengan pelakon agensi kami iaitu Ji Soo telah ditamatkan. Kami memahami keadaan Ji Soo buat masa kini.

"Kami juga menghormati niat pelakon itu untuk tidak menimbulkan kemudaratan lebih banyak lagi kepada agensi ini. Selepas berbincang, kami akhirnya buat keputusan bersama untuk menamatkan kontraknya.



Watak Ji Soo digantikan oleh pelakon Na In Woo.

"Mengenai tuntutan undang-undang daripada produksi River Where The Moon Rises yang sedang dalam proses, kami akan melakukan yang terbaik hingga semuanya dapat diselesaikan," tulis kenyataan tersebut.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sebelum ini, Ji Soo dituduh melakukan jenayah buli ketika di zaman persekolahan selepas seorang netizen mengaku rakan sekolahnya dan pernah menjadi mangsa buli.

Individu berkenaan memberitahu dia merupakan teman sekelas Ji Soo pada tahun 2006 sehingga 2008 dan mendakwa aktor itu seorang pelajar nakal dan sering membuli pelajar di sekolah.

Gara-gara kontroversi itu, beberapa babak drama River Where The Moon Rises terpaksa dirakam semula memandangkan watak lakonan Ji Soo digantikan dengan pelakon lain. - Soompi

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain