suria

Patutlah bertahan sampai 10 musim... rupa-rupanya pelakon Friends dilarang jatuh cinta satu sama lain

Keenam-enam bintang utama Friends ini masih lagi berkawan baik sehingga sekarang.

SITKOM popular 90-an, Friends akan tampil dengan Friends: The Reunion yang bakal ditayangkan serentak di seluruh dunia pada Khamis.

Keakraban hubungan keenam-enam pelakon utamanya iaitu Jennifer Aniston, Courteney Cox, Lisa Kudrow, Matthew Perry, Matt LeBlanc dan David Schwimmer membuatkan peminat sitkom itu tertanya-tanya di antara mereka adakah yang pernah menjalinkan hubungan istimewa sebelum ini.

Matthew, 52, yang melakonkan watak Chandler Bing mendedahkan yang mereka mempunyai peraturan yang mana melarang masing-masing jatuh cinta di antara satu sama lain.

"Kami ada peraturan yang mana ia sangat penting untuk kami berenam... kami hanya akan berhubungan sebagai kawan baik sahaja.

"Kalau ada di antara kami yang bercinta dan tiba-tiba putus, ia akan menimbulkan suasana tidak baik yang akan menjejaskan hubungan persahabatan kami semua.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Disebabkan kami berpegang teguh pada prinsip itu, kami masih kekal bersahabat baik sehingga ke hari ini!" kata Matthew.

Friends yang bersiaran selama 10 musim dari 1994 hingga 2004 mengisahkan tentang kehidupan enam sekawan, Rachel, Monica, Phoebe, Chandler, Joey dan Ross yang tinggal di ibu kota New York, Amerika Syarikat.

Sitkom itu menjadi fenomena malah daripada siri ini juga, Jennifer Aniston yang membawakan watak Rachel bertemu jodoh dengan bekas suaminya, Brad Pitt ketika aktor itu diundang membuat penampilan istimewa pada musim kelapan siri tersebut.

Friends: The Reunion akan menampilkan bintang undangan seperti Justin Bieber, David Beckham, BTS, Lady Gaga, James Corden dan ramai lagi.

Ia akan disiarkan menerusi saluran HBO Astro (411) pada pukul 9 malam ini. - Hollywoodlife

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain