suria

Nathalie Holscher mengidam kereta mewah RM2 juta, Sule telan air liur nak penuhi permintaan isteri hamil

Nathalie lihat reaksi Sule ketika memberitahu mengidam kereta mewah.

SEPANJANG kehamilan Nathalie Holscher, pelawak Sule mengakui memberikan perhatian penuh dan cuba memenuhi apa sahaja permintaan isterinya itu.

Dalam rakaman temubual di YouTube Sule Family, Nathalie berkata kepada Sule dia mengidam untuk memiliki sebuah kenderaan mewah jenama Mercedez Benz bernilai 7.6 bilion rupiah (RM2.2 juta).

Terkejut mendengar permintaan isterinya itu, Sule terdiam seketika dan berkata lebih baik jika wang itu digunakan untuk masa depan anak-anak.

"Ya mahal la. Lebih baik duit itu ditabung untuk anak yang ada dalam perut," jawab Sule.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Tergelak mendengar jawapan Sule itu, Nathalie segera menjelaskan mengenai kenderaan impiannya itu.

Kata Nathalie dia hanya mengusik suaminya itu dan tidak berniat untuk membebankan pelakon berusia 44 tahun itu.

Sule mendirikan rumah tangga dengan Nathalie pada 15 November tahun lalu di sebuah restoran Tsama Resto, di Jawa Barat, Bekasi, Indonesia.

SUMBER: Liputan6

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain