suria

Awal Ashaari jawab isu sambut Krismas, hanya hormat agama lain - “Lara belajar di sekolah antarabangsa, kawan baiknya bukan Muslim”

Awal Ashaari jelaskan mengenai foto sambutan hari Krismas yang dimuat naik di Instagram.

TINDAKAN pengacara Awal Ashaari memuat naik foto ketika menghadiri sambutan hari Krismas seorang kenalan mengundang pelbagai reaksi daripada netizen di Instagram.

Tampil menjelaskan situasi sebenar, Awal berkata, foto dia bersama isteri Scha Alyahya dan anak mereka Lara Alana itu dirakam semasa mengunjungi kediaman seorang sahabat baik bagi menghormati jemputan tuan rumah.

"Ramai orang cuba untuk dapatkan jawapan saya mengenai foto sambutan Krismas yang tular sekarang. Jawapan saya mudah, Lara belajar di sekolah antarabangsa dan ramai kawan baiknya bukan Muslim, mereka sambut Krismas.

ARTIKEL BERKAITAN: Awal Ashaari sedar perangai Lara Alana berubah sejak Scha Alyahya hamil - “Ibunya pakai minyak wangi pun dia tanya nak ke mana”

"Sebagai kawan, apabila ada sambutan mesti kita akan dijemput dan kita ingin menziarah, tuan rumah beri dress code, kita ikut untuk hormati permintaan mereka.

"Sama macam Hari Raya Aidilfitri, kawan-kawan Cina, India dan Kristian akan datang beraya di rumah kita memakai baju Melayu, baju kebaya dan ada juga pakai jubah. Mereka juga akan menjamu selera dengan makan ketupat rendang yang mak kita masak sampai tak tidur malam tu," katanya.

Awal jelaskan mengenai foto sambutan hari krismas yang dimuat naik di Instagram.

Pengacara program Melodi ini menulis penjelasannya itu menerusi Instastory pada Isnin.

Sebelum ini, ada segelintir netizen beranggapan tindakan Awal meraikan perayaan disambut oleh penganut agama lain sebagai tidak wajar dan bertentangan dengan akidah.

Orang Kristian pun hormat agama kita, mereka selalunya beli makanan kat restoran yang halal jadi kita rasa selesa, dia orang tak minum pun depan kita sebab hormat!

AWAL ASHAARI

PENGACARA & PELAKON

Meskipun berbeza agama dan pegangan, Awal berkata mereka masih menghormati keluarganya yang beragama Islam dengan menyediakan juadah halal.

Merujuk kepada sambutan Hari Raya Aidilfitri, Awal memberitahu dia turut mengundang kenalan daripada pelbagai bangsa mengunjungi kediamannya bagi meraikan kedatangan 1 Syawal itu.

Awal sekeluarga sentiasa berfesyen mengikut kesesuaian ketika menghadiri jemputan.

"Orang Kristian pun hormat agama kita, mereka selalunya beli makanan kat restoran yang halal jadi kita rasa selesa, dia orang tak minum pun depan kita sebab hormat.

"Bila nak bergambar, mereka akan cari spot yang cantik contohnya kat dinding yang kita dok gantung kad raya, gantung ketupat plastik dan gantung lampu kelip-kelip yang kita beli di Jalan Tunku Abdul Rahman.

"Mereka post di Instagram untuk wish dan cakap terima kasih sebab jemput, apabila mereka pulang, mereka masih lagi dalam agama asal mereka, Buddha, Hindu atau pun Kristian. Mereka tak automatik jadi Islam. Cuba terbalikkan situasi itu dan anda akan dapat jawapannya," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain