Terlepas cakap 'tak ada ibu, tak ada la syurga', Fizi mohon maaf pada Upin & Ipin - “Saya tak sengaja, lepas kena cubit dengan Mail, Fizi dah insaf”

Watak Fizi mohon maaf pada Upin dan Ipin melalui panggilan video.

GARA-GARA episod kontroversi dialog dalam siri animasi Upin & Ipin bertajuk Syahdunya Syawal yang disiarkan di saluran televisyen Indonesia MNCTV pada Ahad lalu, watak Fizi tampil memohon maaf pada Selasa.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di YouTube, Fizi membuat permohonan maaf kepada watak kembar tersebut melalui panggilan video pada pagi raya dan mengaku sudah insaf.

ARTIKEL BERKAITAN: Upin & Ipin diminta buang watak lelaki lembut - “Henti guna aku dan kau, kasar dan terjerit-jerit, buang watak Sally!”

"Hai, saya Fizi. Berdirinya saya di sini untuk memohon maaf pada Upin dan Ipin.

"Fizi tak sengaja tersalah cakap hari tu. Lepas kena cubit dengan Mail, Fizi dah insaf.

Upin dan Ipin menerima permohonan maaf Fizi melalui panggilan video.

"Jadi, jangan la marah Fizi lagi, Fizi sedih," kata Fizi.

Video tersebut disiarkan penerbit Les' Copaque Production Channel pada petang Selasa.

Justeru itu, Upin dan Ipin menerima permohonan maaf itu dan memujuk Fizi supaya tidak menangis.

"Fizi jangan nangis. Kami dah maafkan pun. Kita kan sahabat selamanya.

Kontroversi itu tercetus dalam kalangan penonton Indonesia dan Malaysia selepas dialog yang diucapkan watak Fizi yang mengatakan tiada syurga untuk anak yatim kerana syurga terletak di bawah telapak kaki ibu.

Dialog tersebut menjadi tular dan peminat memaksa Fizi membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Upin dan Ipin.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Upin dan Ipin, Fizi, Mail, Les' Copaque

Artikel Berkaitan

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Artikel Lain