“Gantung tak bertali? Kena tanya dia sendiri” - Suami Lufya hairan dituduh dayus, ada sebab tak hadir mahkamah - Sensasi | mStar

“Gantung tak bertali? Kena tanya dia sendiri” - Suami Lufya hairan dituduh dayus, ada sebab tak hadir mahkamah

Mahkamah menetapkan 18 November depan bagi mendengar prosiding permohonan cerai Lufya terhadap suaminya, Dr Che Hafiz.

SUAMI kepada pelakon Lufya iaitu Dr Che Muhammad Hafiz menafikan dakwaan kononnya dia menganiaya isteri dan anaknya dengan mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

Tegas Dr Che Hafiz, biarnya mengakui sudah tidak tinggal sebumbung bersama Lufya, namun dia tetap memberi nafkah terhadap anak mereka, Laana Haura yang kini berusia dua tahun.

“Dakwaan tentang gantung tak bertali dan tidak menjalankan tanggungjawab... itu kena tanya dia sendiri. Sebab untuk pengetahuan semua, saya sudah menjalankan tanggungjawab terhadap anak kami.

ARTIKEL BERKAITAN: “Berani kerana benar... nak saman atau apa sekali pun, saya bersedia” - Lufya fail cerai, kesal suami tidak hadir ke mahkamah

ARTIKEL BERKAITAN: Dr Che Hafiz buat laporan polis terhadap Lufya - “Semua tuduhan terhadap saya tidak benar dan keterlaluan!”

“Tidak pernah lagi saya mengabaikan anak kami seperti yang didakwa. Cuma, kalau ada yang dia keluar pergi mana-mana tu, saya tidak tahu sebab kami tidak lagi tinggal sebumbung,” katanya kepada mStar.

Dr Che Hafiz berkata dia tetap memberi nafkah terhadap anak mereka, Laana Haura yang kini berusia dua tahun.

Sementara itu Dr Che Hafiz enggan memberi sebarang kenyataan lanjut mengenai kegagalannya hadir pada prosiding sebutan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, Petaling Jaya pada Rabu.

“Saya tidak mahu mengulas mengenai isu tidak hadir ke mahkamah hari ini sebab saya sudah berurusan dan memaklumkan perkara itu kepada pihak mahkamah melalui surat,” katanya.

Lufya selaku plaintif memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 terhadap suaminya pada bulan lalu.

Susulan ketiadaan Dr Che Hafiz, mahkamah menetapkan tarikh baharu iaitu pada 18 November depan bagi kedua-dua pihak hadir dan memaklumkan prosiding boleh diteruskan Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan Hakam.

Kemelut rumah tangga pasangan ini mula menjadi perhatian netizen apabila Lufya mendedahkan sikap suaminya yang mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga di Instagram.

Lufya juga ada mendakwa suaminya itu telah melakukan penganiayaan terhadap dirinya dan berikutan itu, Dr Che Hafiz bertindak membuat laporan polis.

Pasangan tersebut diijabkabulkan pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata.

Lufya , Dr Che Hafiz , Hakam

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain

Anda boros? Apa kata cuba 5 cara ini