“Dua tahun lalu saya yang nikahkan... semalam saya juga temani dia di mahkamah” - Datuk Red luah rasa sedih, akui dugaan semakin berat - Sensasi | mStar

“Dua tahun lalu saya yang nikahkan... semalam saya juga temani dia di mahkamah” - Datuk Red luah rasa sedih, akui dugaan semakin berat

Adnan menemani anaknya di mahkamah untuk urusan perceraian.

SUAMI kepada penyanyi Adira Suhaimi iaitu Datuk Seri Adnan Abu menganggap dirinya sedang berdepan dengan ujian besar apabila anak sulungnya Aziera kini dalam proses perceraian.

Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red berkata, dugaan yang sedang dilalui ini mungkin disebabkan kehidupan lamanya yang jahil dan lalai.

ARTIKEL BERKAITAN: Datuk Red bergurau mengaku lakukan hubungan intim dengan Adira - “Niat saya nak kaburi wartawan, tak sangka jadi isu”

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tetap teruskan perceraian ini” - Adira tegas mahu berpisah, guna kaedah hakam tuntut diceraikan

"Lagi kita dekat denganNya lagi kita diuji. Kurang seminggu saja dari kes saya, anak saya pula yang menerima nasib malang ini.

Adnan sedih melihat anaknya pula dalam proses perceraian.

"Ujian ini mungkin akibat kehidupan jahil saya yang lalu. Kalau ikutkan saya dah tak larat nak menghadapinya," ujarnya kepada mStar.

Adnan memuat naik foto bersama anaknya ketika berada di Mahkamah Syariah Rendah Kuala Selangor.

Aziera, 20, merupakan anak sulung hasil perkahwinan pertamanya ketika berusia 20 tahun.

Hasil perkahwinan itu, dia dikurniakan dua cahaya mata yang kini berusia 20 dan 15 tahun.

Adnan berkata, dia berasa sedih terutamanya ketika menemani anaknya melalui detik perceraian itu.

Ujian ini mungkin akibat kehidupan jahil saya yang lalu. Kalau ikutkan saya dah tak larat nak menghadapinya.

DATUK SERI ADNAN

Ahli perniagaan

"Saya sedih dua tahun lepas saya yang nikahkan dia, semalam saya juga yang temani dia di mahkamah," ujarnya.

Dalam pada itu, ahli perniagaan ini turut memuat naik status di Instagramnya pada Rabu dengan meluahkan kesedihan dan tidak mampu untuk berhadapan dengan semua dugaan itu.

"Masa ini aku la orang paling gembira dapat menikahkan anak aku sendiri.

"Ya Allah... lagi kuat dugaanMu. Aku dah tak terdaya nak hadapi ini semua... macam-macam dugaan," katanya pada kapsyen foto berkenaan.

Pada 9 Oktober, Adnan menolak permohonan cerai yang difailkan Adira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak, Barat, Rawang.

Mahkamah menetapkan 17 Disember depan sebagai hari sebutan kes bagi permohonan cerai berkenaan.

Adira berkahwin dengan Adnan di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.

Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata.

Perkahwinan Adnan bersama isteri pertamanya iaitu Sharifah Norshafila Hassim atau Datin Red mempunyai lima orang cahaya mata.

Datuk Red , Adira

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain