suria

“Amar minta izin kahwin lain pada 2017” - Isteri jelaskan perkara sebenar, wanita buat pendedahan ugut bunuh diri tak dapat kahwini Amar

Arna mendedahkan perkara sebenar yang berlaku dalam rumah tangga mereka.

SUSULAN pendedahan dua wanita yang dikaitkan mempunyai hubungan dengan pelakon Amar Asyraf, isteri kepada pelakon itu iaitu Arna Salleh tampil menjelaskan perkara sebenar.

Menurut Arna, suaminya mempunyai hubungan dengan seorang wanita pada tahun 2015 dan gangguan orang ketiga itu berakhir sehingga Amar meminta kebenaran untuk berkahwin lain pada tahun 2017.

Arna berkata, dia membenarkan suaminya untuk berpoligami selepas tidak tahan dan sering berbalah berkaitan hal itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Akhirnya isteri kedua Amar Asyraf munculkan diri - “Ibu selalu cakap, kita jangan buka aib suami”

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya malukan diri sendiri kerana mahu dia bertanggungjawab!” - Wanita nyaris jadi isteri ketiga Amar Asyraf

"2017, orang yang sama, Amar minta izin kahwin. Sesuatu yang tak tercapai dek akal. Saya tak jumpa wanita itu tapi saya mesej dan telefon dia, dengan penuh sopan saya tanya betul ke?

"Semasa itu saya memang patah hati, tengok Amar pun tak boleh, tak ada seorang yang nak mengalah, bergaduh, menjerit, menangis, menyalahkan satu sama lain dan sangat tertekan.

Amar dan isteri pertama, Arna Salleh.

"Lama-kelamaan saya okay dan tahu apa kurang dan kelemahan saya, cuba jadi orang lebih baik untuk diri sendiri, Taufiq (anak pertama) dan Amar. Saya cuma perlu sabar dan positifkan diri," katanya menerusi Instagram pada Jumaat.

Pada Khamis, seorang wanita bernama Ellika Azman membuat pendedahan hampir berkahwin dengan Amar, namun rancangan itu gagal selepas mengetahui pelakon berkenaan mempunyai seorang lagi isteri dan anak hasil perkahwinan kedua.

Jangan cakap kasihankan orang lain, jangan mainkan agama, jangan sorok di sebalik muka cantik suara lembut tu!

ARNA SALLEH

Isteri Amar Asyraf

Tidak lama kemudian, muncul pula seorang wanita bernama Vivy Jeffry mengakui sudah berkahwin dengan aktor itu beberapa tahun lalu dan merupakan isteri kedua.

Meskipun berdepan ujian yang berat itu, Arna berkata dia masih memberi peluang kepada suaminya itu duduk berbincang menyelesaikan konflik antara mereka.

Disebalik kemelut rumah tangga yang melanda, Arna berkata Amar seorang suami dan bapa yang baik dalam menguruskan keluarga.

Ellika Azman dedah hubungan dengan Amar Asyraf.

"Saya dan Amar berbincang dan bagi peluang untuk cuba, Amar adalah kawan baik saya. Sejujurnya dia memang baik, saya jatuh cinta pun sebab dia tak suka cakap fasal orang lain walaupun ada kawan-kawan bercakap belakang dia.

"Dia anak, abang dan menantu yang baik, dia melayan keluarga saya dengan begitu baik. Dia bersungguh-sungguh dengan kerja.... cuma dia ada masalah diri, setiap hari saya nampak dia struggle, satu sebab saya minta berpisah kerana tak nak jadi salah satu masalah diri dia, saya sayang dia sangat.

"Saya setuju bagi peluang, suruh dia terapi, solat, bersyukur dan saya suruh dia fikir hidup macam mana dia nak, saya akan sokong dan jangan risau fasal saya sebab saya mampu lalui dan tak akan buat benda bodoh," ujarnya.

Wanita ugut bunuh diri, desak Amar Asyraf kahwininya

Sementara itu, Arna turut mendedahkan diganggu oleh seorang wanita yang tidak dikenali yang meminta dia mengizinkan suaminya untuk berkahwin lagi.

Enggan memanjangkan cerita, Arna meminta Amar berbincang dengan perempuan tersebut kerana bimbang berlaku perkara tidak diingini.

Vivy mengaku isteri kedua dan berkahwin dengan Amar beberapa tahun lalu.

"Budak perempuan itu mempunyai masalah dan tidak dapat menerima kenyataan. Dia ugut Amar sehingga timbul rasa bersalah sebab budak perempuan ini ugut nak bunuh diri.

"Dia asyik tanya bila nak jumpa keluarga dan cakap nak bincang fasal kahwin, mama Amar buat keputusan untuk call je dulu. Mama cakap dia tak izinkan Amar kahwin dengan budak perempuan itu sehingga budak itu bertindak biadap," ujarnya.

Wanita itu kemudiannya mendiamkan diri sehinggalah dia memuat naik status yang ditujukan kepada Amar di media sosial.

Justeru itu, Arna berkata dia mengambil keputusan untuk menulis perkara sebenar yang berlaku supaya tiada masalah yang timbul membabitkan suaminya itu.

Hasil perkahwinan dengan Arna, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Taufik dan Ammara Dian.

"Jangan cakap kasihankan orang lain, jangan mainkan agama, jangan sorok di sebalik muka cantik suara lembut tu!

"Saya harap cerita ini tidak diperbesarkan lagi, saya sangat berat untuk berkongsi hal peribadi, saya minta maaf pada mana-mana pihak yang tersinggung dengan apa saya tulis," katanya.

Sebelum itu Amar memberitahu dia dan isterinya, Arna dalam proses menyelesaikan masalah rumah tangganya tanpa campur tangan pihak luar.

Amar yang berasal dari Masjid Tanah, Melaka mendirikan rumah tangga dengan Arna pada 7 Jun 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Taufik serta Ammara Dian.

Arna Salleh, Amar Asyraf

Artikel Lain