suria

'Syaitan' di mata PU Syed, BTS atau budaya K-pop?

PU Syed memberitahu dia sebagai orang muslim mengambil berat mengenai isu kumpulan K-Pop, BTS.

PENCENTUS Ummah (PU) Syed menjelaskan kenyataannya mengelarkan BTS sebagai syaitan adalah disebabkan pengaruh kumpulan itu yang besar sehingga boleh melalaikan orang Islam.

PU Syed menambah, sebagai orang muslim dia perlu mengambil berat mengenai isu kumpulan K-Pop BTS yang membawa pengaruh kepada masyarakat terutama umat Islam.

"Semoga kesedaran terbit dalam hati kalian apa yang saya sifatkan tentang 'setan' tu. Adakah benar-benar BTS tu 'setan' atau pembawakan dan pengaruh mereka kepada masyarakat khususnya orang Islam.

ARTIKEL BERKAITAN: “Memang orang Malaysia macam ni ke?” - Peminat tempatan malu

ARTIKEL BERKAITAN: "Saya nak Malaysia jadi nombor 1" - Syed Saddiq perjelas isu BTS

Pu Syed menjelaskan maksud sebenar kenyataannya.

"Untuk orang kafir silakan. Tapi orang Islam, saya sebagai orang muslim sangat ambil berat tentang isu itu. Pengaruh mereka sangat besar.

"Untuk pengetahuan, syaitan pernah berjanji untuk hasut umat Islam atau umat anak-anak Nabi Adam daripada atas, bawah, depan dan belakang dari pelbagai cara.

"Untuk melalaikan umat Islam daripada mengingati Allah dan mencintai manusia melebihi mencintai Allah, apa yang Allah perintahkan serta apa yang dilarang," katanya.

Sebelum ini, kenyataan PU Syed yang menggelarkan BTS sebagai 'setan' menjadi perdebatan hangat netizen di laman sosial.

Rata-rata peminat kumpulan itu yang menggelarkan diri sebagai Army tampi bagi menyatakan rasa kurang senang mereka terhadap kenyataan berkenaan.

Paparan skrin kenyataan PU Syed menggelarkan BTS sebagai setan.

Malah, selain di Malaysia, portal berita berbahasa Inggeris dari Korea Selatan iaitu Koreaboo turut melaporakan isu tersebut sehingga menjadi perbualan peminat-peminat antarabangsa.

Dalam pada itu, PU Syed meminta netizen di laman sosial berfikir dahulu mengenai maksud yang dia cuba sampaikan sebelum mengecamnya.

"Justeru tu, berfikir-fikirlah sebelum menghentam saya," katanya.

Isu mengenai BTS itu mula diperkatakan apabila Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman mahu membawa kumpulan itu mengadakan konsert di negara ini.

PU Syed, BTS

Artikel Lain