“Benda ni bodoh, saya tak buat macam tu” - Aiman Tino jawab video panas pakai baju jalur kuning - Sensasi | mStar

“Benda ni bodoh, saya tak buat macam tu” - Aiman Tino jawab video panas pakai baju jalur kuning

BAJU dengan corak yang sama pernah dipakai Aiman (gambar kanan) seperti yang dimuat naik di Instagram.

SELEPAS mencetuskan kontroversi menerusi sebuah video separuh bogel di dakwa miripnya, penyanyi Aiman Tino sekali lagi menafikan dia adalah individu dalam sebuah lagi video terbaharu yang tersebar di internet.

Aiman Tino atau nama sebenarnya Mohammad Aiman Yusri, 21, berkata, dia tidak mahu lagi melayan isu-isu yang boleh merosakkan kerjayanya sebagai seorang penyanyi.

ARTIKEL BERKAITAN: Aiman Tino membisu... Video panas terus jadi perdebatan

ARTIKEL BERKAITAN: Aiman Tino beri amaran! Ambil tindakan jika ada pihak terus sebarkan isu video lucah miripnya

"Netizen ini tidak akan puas untuk mengenakan artis-artis. Terus terang saya katakan, sebenarnya saya malas nak layan isu-isu yang remeh ini. Namun, seandainya berlarutan tindakan akan di ambil kepada pihak berkenaan.

Aiman beberapa kali memuat naik gambar di Instagram dengan memakai baju yang sama.

"Sebenarnya, video itu tidak memberi kesan langsung kepada saya. Tapi, saya amat sedih kerana ianya memberi kesan peminat setia saya" ujarnya kepada mStar.

Menerusi video yang tersebar di laman sosial pada minggu lalu memperlihatkan individu tersebut sedang membuat panggilan video dan membuka baju berwarna kuning berjalur hitam sehingga menampakkan seluar dalamnya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai baju lelaki dalam video itu mirip baju yang dipakai oleh Aiman, penyanyi lagu Ku Rela Di Benci ini berkata ia dijual di banyak butik.

"Saya rasa ramai yang ada baju seperti saya. Saya pun macam mereka, membeli belah di Cotton On dan H&M. Jadi, tak hairanlah kalau baju kami sama"

"Benda ni bodoh, saya tidak akan buat benda macam tu" katanya.

Aiman Tino

Artikel Lain