suria

“Dosa silam kita tak nampak... Sabar, belum masa awak diuji” - Luahan Sharnaaz

Sharnaaz tegur komen keterlaluan netizen.

BEBERAPA perkongsian status pelakon Sharnaaz Ahmad yang mengundang spekulasi berhubung keadaan rumah tangganya menjadi topik perbincangan netizen di laman sosial sejak kebelakangan ini.

Segelintir netizen memberi kata-kata semangat sambil mendoakan agar hubungan Sharnaaz dan isteri, Noor Nabila Mohd Noor berada dalam keadaan baik, tidak kurang juga yang melemparkan kata-kata negatif kepada pelakon itu.

Sharnaaz menerusi laman Twitter membalas beberapa komen yang dianggap keterlaluan dan menimbulkan fitnah mengenai rumah tangganya.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen penuhi komen di Instagram Sharnaaz mendoakan rumah tangganya pulih

Sharnaaz membalas komen-komen netizen di laman Twitter.

Katanya, setiap apa yang berlaku adalah satu ujian atas dosa silam yang tidak disedari.

"Sabar, belum masa awak diuji... Nanti bila sampai jangan tanya kenapa aku diuji. Ini semua ada sebab, dosa silam kita tak nampak dan sedar, Allah bayar tunai.

"Sabar ye cik masa awak akan tiba nanti," tulisnya.

Sharnaaz membalas dan mengulang kicau status sebuah akaun yang menyindir tindakannya memuat naik status yang mencetuskan spekulasi.

Sementara itu, pada status lain, Sharnaaz turut menegur kenyataan seorang netizen yang menuduh dia sebagai lelaki berego tinggi.

Sharnaaz dan isterinya Noor Nabila... Apa sebenarnya berlaku?

Katanya, individu tersebut menulis perkara yang boleh mendatangkan fitnah tanpa memikirkan kesan buruk kepada diri sendiri dan orang lain.

"Banyak sunguh fitnah dan menjatuhkan terang-terangan zaman sekarang. Cakap guna mulut dan jari sesuka hati tak takut ke?

"InsyaAllah, walau beratus ribu orang di luar sana akan kenang aku sebagai seorang panas baran dan ego, namun yang mengenali aku secara depan akan mengenang aku dengan berbeza bila aku tiada nanti," ujarnya.

Sharnaaz Ahmad

Artikel Lain