Syed Abdullah pertahan diri dituduh punca Emma Maembong buka tudung - Sensasi | mStar

Syed Abdullah pertahan diri dituduh punca Emma Maembong buka tudung

Foto Emma dan Syed Abdullah yang tersebar di laman sosial pada Januari lalu.

KEPUTUSAN pelakon Emma Maembong memilih untuk tidak lagi memakai tudung selepas lima tahun menerima pelbagai reaksi dalam kalangan netizen di laman sosial.

Rata-ratanya mengecam tindakan Emma itu dan ada segelintir pula berpendapat keputusan tersebut dibuat disebabkan kehendak Syed Abdullah Syed Abdul Rahman.

Laman sosial abang kepada Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq, itu diserang netizen yang menganggap dia menjadi punca Emma tidak bertudung.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dalam tempoh bertudung saya cuba bulatkan hati” - Emma Maembong akhirnya buka tudung

ARTIKEL BERKAITAN: Emma Maembong minta maaf, ampun dan mengaku lalai... “Allahkan ada” komen Kamal Adli

ARTIKEL BERKAITAN: Emma Maembong ‘diserang’ kongsi foto buka tudung, rela jual nasi lemak jika tiada rezeki bidang seni


Syed Abdullah membalas komen positif daripada pengikut di laman sosialnya.

Biarpun ramai netizen mengecam namun Syed Abdullah bersyukur masih ada lagi pihak yang berfikiran positif dan berterima kasih kepada yang menegurnya secara baik.

"Apabila seribu komen mencari jalan untuk membawa anda jatuh ke bawah, satu komen mengingatkan anda bahawa ada wujud orang yang baik.

"Terima kasih atas teguran. Syed hargai komen ini," katanya membalas komen positif salah seorang pengikut di laman sosialnya.

Kata-kata daripada seseorang yang faham. Syed cukup kecewa dengan tuduhan orang mengatakan Syed la penyebabnya. Sebaliknya, Syed terima semua ini sebagai cabaran.

SYED ABDULLAH SYED ABDUL RAHMAN

Emma mengambil keputusan untuk tidak lagi bertudung sejak empat hari lalu atas kehendaknya sendiri selepas tersebar foto dia bersama Syed Abdullah yang menjadi tular di media sosial.

Emma memberitahu bukan mudah untuk dia istiqamah dengan mengekalkan imej bertudung dan dia juga sudah bersedia untuk menerima sebarang kecaman selepas ini.

Dalam pada itu, Syed Abdullah meluahkan rasa kecewa terhadap tuduhan segelintir netizen yang mengatakan dia adalah penyebab Emma buka tudung.

Imej terbaharu Emma selepas lima tahun bertudung.

Bagaimanapun, Syed Abdullah menganggap apa yang berlaku dan kecaman terhadapnya itu sebagai satu cabaran.

"Kata-kata daripada seseorang yang faham. Syed cukup kecewa dengan tuduhan orang mengatakan Syed la penyebabnya. Sebaliknya, Syed terima semua ini sebagai cabaran," katanya.

Sebelum ini, dua foto Emma dan Syed Abdullah telah tersebar di laman sosial pada 28 Januari lalu dan menerima kecaman netizen.

Emma telah menafikan dia adalah individu dalam salah satu foto tersebut yang memperlihatkan seorang wanita duduk di celah kangkang Syed Abdullah.

Emma Maembong , Syed Abdullah

Artikel Lain