PENYAMPAI radio Sharifah Shahirah berkongsi perkembangan terkini mengenai keadaan pelakon Salih Yaacob yang dilaporkan mengalami masalah kesihatan darah tinggi.
Shahirah atau mesra disapa Shiera, 51, berkata buat masa ini Salih tidak mampu bekerja kerana keadaan kesihatannya yang semakin merosot.
Prihatin dengan nasib yang menimpa rakan seperjuangannya itu, Shiera mencadangkan agar satu bantuan khusus untuk artis veteran diwujudkan bagi meringankan beban mereka.

Shiera sempat bertanya khabar Salih.
“Dalam keadaan begini, kita memerlukan duit untuk kehidupan seharian. Dia nak bekerja tapi tak larat. Kadang orang cakap ambillah dia berlakon, keadaan dia nak pergi itu pun dah tak larat.
“Bila nak bangun, pening. Apa kata kalau kita buat dana antara artis sorang RM10. Dapat lah duit RM500 ke RM600 sebulan. Bukannya minta RM600 sorang.
“Siapa-siapa yang dah derma, okaylah. Tapi kalau boleh sediakan tabung untuk golongan artis lama. Kita sebagai artis, kita tiada duit pencen," katanya kepada mStar.
ARTIKEL BERKAITAN: Bukan merajuk tapi Salih Yaakob ‘fed up’ dilayan macam hamba abdi - “Bayaran lepas duit rokok nak buat apa?”
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Sharifah Shahirah tak halang Auddra jadi artis… “Sejak kecil dah cakap nak jadi macam saya”
Shiera berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Konsert Countdown KITA 2026 yang diadakan di Studio 1, Astro Bukit Jalil pada malam Selasa.
Dalam pada itu, Shiera memaklumkan keadaan kesihatan Salleh masih memerlukan pemantauan rapi dan dia kini banyak menghabiskan masa berehat di rumah.
Malah kata Shiera, bacaan darah Salleh masih tinggi dan dia turut mengalami strok ringan seperti dimaklumkan isterinya.
Dia terima sahaja siapa-siapa nak datang
SHARIFAH SHAHIRAH
PENYAMPAI RADIO
“Bacaan darah 200 lebih. Isteri dia juga maklumkan dia ada strok ringan. Bagaimanapun dia sangat positif walapun dalam keadaan begitu.
"Dia baring saja, sebab kaki dia dah tak kuat. Dia terima sahaja siapa-siapa nak datang. Kalau nak melawat, pastikan telefon isteri Salih dahulu.
“Selepas keluar hospital saya ingat ramai yang dah ziarah dia, rupanya dia cakap tiada lagi yang melawat," ujarnya.

Shiera harap nasib artis veteran akan mendapat perhatian.
Sebelum ini, Salih dilaporkan menerima rawatan di Hospital Ampang akibat penyakit darah tinggi yang dihadapinya secara tiba-tiba.
Menurutnya, ini merupakan kali pertama dia berdepan keadaan yang memaksanya mendapatkan rawatan di hospital.
Pada 3 November lalu, Shiera bersama rakan penyampai radio, Falyq, sempat menziarahi pelakon veteran itu di kediamannya di Kuala Lumpur.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


