PENYANYI Irene Catalina menegaskan usia bukan penghalang untuk dirinya terus berjuang menaikkan nama dalam industri muzik tanah air.
Pernah menganggotai kumpulan Angels pada 2004, Irene yang kini berusia 47 tahun berkata, pengalaman dan usia adalah satu keistimewaan yang membolehkan dia terus bersaing dengan bakat muda masa kini.

Irene anggap usia bukan penghalang dalam industri muzik.
“Bagi saya, usia 47 tahun sebenarnya memberi satu kelebihan.
“Lagipun, saya sudah bersedia menerima apa sahaja kritikan atau kecaman kerana bagi saya, seni tidak mengenal batas usia,” katanya kepada mStar.
ARTIKEL BERKAITAN: Bukan mudah bersaing dengan penyanyi baharu, Irene sanggup buat gimik murahan jika perlu
ARTIKEL BERKAITAN: Irene Terus Jadi Penyanyi Walaupun Ditipu
Lapan tahun menyepi daripada dunia hiburan, Irene menegaskan dia tidak pernah merajuk atau berasa kecewa.
Sebaliknya, kata Irene, dia terus aktif di belakang tabir dan menerima undangan nyanyian mengikut kemampuan.
“Saya tidak pernah merajuk dengan industri seni. Sepanjang tempoh menyepi, saya aktif dalam kerja pengurusan acara dan menggalas tugas sebagai pengurus pemasaran.

Irene muncul dengan single terbaharu berjudul Mau Apa Lagi.
"Dalam masa sama, saya masih menerima undangan menyanyi di majlis-majlis korporat sebagai sumber pendapatan tambahan,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Irene kini tampil dengan single baharu berjudul ‘Mau Apa Lagi’.
Lagu ciptaan Bendittho itu mengetengahkan konsep pop dance dengan suntikan hip hop era 90-an.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


