suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Akhil Hayy terima menantu

Mawi (kiri) bersama pengantin dan Akhil (kanan) abadikan kenangan bersama.

ANAK sulung kepada penceramah bebas Akhil Hayy iaitu Siti Nur Maisarah selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya yang dikenali sebagai Zulhilmi.

Khabar gembira itu dikongsikan rakan selebriti iaitu Mawi menerusi hantaran di Instagram miliknya pada Isnin.

"Tahniah! Selamat disatukan Maisarah dan Zulhilmi

Mawi sempat bergambar bersama pengantin baharu.

"Alhamdulillah tahniah juga buat sahabatku Ustaz Akhil Hayy terima menantu," tulis Mawi ringkas.

Namun Mawi tidak berkongsi lanjut mengenai majlis pernikahan tersebut yang dipercayai berlangsung di sebuah masjid.

Menerusi hantaran itu, Maisarah dilihat berseri mengenakan busana berona putih sedondon dengan suaminya.

Pasangan itu juga sempat mengabadikan momen indah bersama Mawi dan juga bapanya, Akhil.

ARTIKEL BERKAITAN: Akhil Hayy Elak Isu Politik

ARTIKEL BERKAITAN: Ada Pihak Mahu Tutup Periuk Nasi Akhil Hayy

Untuk rekod, Akhil mendirikan rumah tangga bersama penyanyi Waheeda pada 2009.

Sebelum itu, Akhil pernah berkahwin dengan Maizawati dan dikurniakan empat orang cahaya mata bersama namun bercerai pada 15 Julai 2009.

Selepas bercerai, Akhil menjaga dua orang anaknya iaitu Siti Nur Maisarah dan Mohd Syarif Idayatullah.

Manakala dua lagi iaitu Mohd Shakir Idayatullah dan Mohd Syathiri Idayatullah di bawah jagaan Maizawati.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain