PELAKON Rozita Che Wan memaklumkan anak saudaranya iaitu Allahyarham Muhammad Aisy Al Rees Mohamad Zaquan Adha meninggal dunia ketika sedang tidur.
Menurut Rozita, 52, adiknya iaitu pelakon Ayu Raudhah terus menelefon ambulans selepas mendapatu anaknya itu tidak sedarkan diri kira-kira pukul 1 petang selasa.
“Meninggal di rumah lebih kurang pukul 1 tadi.
Rozita sedih anak saudara sudah meninggal dunia.
“Ayu panggil ambulans sebab tengok bayi dah tak sedar, meninggal dalam tidur,” katanya.
Dalam pada itu, Rozita meluahkan rasa sedih sejurus selepas mendengar berita pemergian Allahyarham.
Malah dia sangat dengan arwah memandangkan Ayu dan keluarga sering datang ke rumahnya.
“Ya Allah, pilu dan rasa teramat sedih dengan berita yang diterima.
ARTIKEL BERKAITAN: Anak bongsu Ayu Raudhah dan Zaquan Adha meninggal dunia
ARTIKEL BERKAITAN: Ayu Raudhah selamat bersalin anak ketujuh, timang cahaya mata lelaki
“Mereka sekeluarga selalu datang tidur rumah jadi memang rapat dengan anak-anak saudara termasuk arwah,” ujarnya.
Pada petang Selasa, bekas pemain bola sepak kebangsaan, Mohamad Zaquan Adha berkongsi berita anak bongsunya meninggal dunia menerusi Instastory miliknya.
Allahyarham Muhammad Aisy Al Rees, lahir pada 2 Ogos tahun lalu.
Anak bongsu Zaquan dan Ayu meninggal dunia.
Difahamkan jenazah masih berada di Hospital Rembau, Negeri Sembilan dan pihak keluarga berharap arwah dapat dikebumikan pada malam ini.
Untuk rekod, Zaquan mendirikan rumah tangga dengan Ayu pada 21 Januari 2011.
Hasil perkahwinan itu mereka turut dikurniakan enam cahaya mata lain iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 12, Muhammad Aisy Aryann, 12, Laura Zuleykha, 8, Muhammad Aisy Khaliq, 6, Muhammad Aisy Al Jibreel, 3, dan anak keenam yang berusia dua tahun.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!